Durian oh Durian.....tajuk entri aku kali ni..
Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap dan ia dipanggil "raja buah" di kalangan penduduk tempatan. Durian berasal dari Brunei, Malaysia dan Indonesia.Thailand pula merupakan pengeksport penting durian. Tempat yang lain di mana durian ditanam termasuk Mindanao di Filipina, Queensland di Australia, Kemboja, Laos, Vietnam, India dan Sri Lanka. Berbeza dengan masyarakat barat, sebahagian dari mereka tidak tahan dengan baunya dan menganggap buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Sedikit info berkenaan buah durian yang diperolehi dari wikipedia.
Sambungan berkenaan entri di atas ek, aku kurang gemar berkenan atau kurang suka dengan buah durian. Itu tak bermaksud aku tak menyukai sepenuhnya buah durian tetapi ada masa aku menyukai buah durian. Jadi, aku suka durian 50-50 dan sebaliknya. Itu dah kira ok lar daripada sesiapa yang tak minat langsung dengan "raja buah" ni. Sekarang masih ramai lagi ke yang makan durian ek? aku pun tak pasti la "mungkin ya" atau "mungkin tidak". Tepuk perut, Tanya sendiri....HuHuHuHu.
Dalam keluarga aku, hanya aku seorang je yang tak makan buah durian. Rugi memang rugi, tapi mulut ini tak dapat menerima. Bila dah masuk dalam mulut...tiba-tiba rasa mual merajui deria rasa aku. Baunye yang buat aku tak tahan kot... tapi sekarang dah kalis la dengan baunye. Automatik la rase nak muntah-muntah. Last-last tak jadi makan buah nie. Hidu bau tu dah kira ok la....menikmati la jugak kan.
Time musim buah la baru ada durian .....kalau tak ada gak buah durian bangkok still ada lagi...(negeriku dekat dengan Thailand. buah durian senang nak masuk tapi harga mahal la sikit berbanding dengan durian tempatan). Buah durian selalu di makan dengan pulut + santan + gula secukup rasa ( tetapi sesetengah orang makan durian di tambah lagi dengan manisan aka gula melaka ) ......di campur pulak dengan ramai ahli keluarga bertambah meriah la jadinya....Ahli keluarga lain duk berebut-rebut isi durian, lain pulak dengan aku....ambik pulut sikit,santan sikit dan campur gula secukup rasa dan lepas tu makan je..sedap gak la...nak tahu TRY sendiri.....habis je makan aku terus lepak kat ruang tamu tengok t.v je....yang lain duk bersantai makan lagi...bahagian isi durian untuk aku....aku beri peluang la untuk adik beradik aku yang lain..bagus tak aku...sayang kat adik beradik aku....HUHUhUhUhUuHu. Bukan aku tak belajar untuk pandai makan buah nie..tapi penat dah duk confident kan diri aku ni...tapi still tak dapat gak...so aku berserah je..
( pulut durian +santan + gula )
Tapi satu benda yang membuatkan aku suka kat buah ni ialah sambal tempoyak buatan mek ( panggilan untuk ibu aku ). Sambal tempoyak memang kegemaran aku...bila balik je kat rumah sewa ( tempat tinggal aku time belajar ). mek mesti bekalkan aku sebekas sambal tempoyak.....tetapi kekadang tak sempat nak bawa pun gara-gara buah durian tak ada..... kecewa gak......tapi bila makan kat restoran yang ada sambal tempoyak mesti aku cedok-cedok banyak...baru bertambah selera aku nak makan nasi..Dengan isi durian aku ALAH tapi dengan sambal tempoyak aku memang TAK ALAH. Aku suka sangat dengan Sambal Tempoyak. Sambal tempoyak berbeza dengan Tempoyak ( memang aku tak boleh makan sebab dia punye rasa masih durian).....sambal tempoyak ni campuran isi durian dengan lada kecil + garam je.....campuran tiga bahan ni mengurangkan bau dan rasa isi durian.... Sebab-sebab tersebut membolehkan aku makan sambal tempoyak dengan senang hati....
kat bawah ni ada gambar sambal tempoyak.....menyelerakan....
Sekian dulu untuk Entri DURIAN OH DURIAN.........
4 comments:
huhuh..aku poun tak suke durian,,hohoho
ModernMozart : uhhuhuuhuhhuu.....thanks bace entri pasal nie...
dah lame xmkn durian .
xpena makan tempoyak
Airien-nanti try r sambal tempoyak,k
tempoyak memang saye xsuka..
hehheheh
Catat Ulasan