Rabu, 31 Oktober 2012

10 Tabiat Rosakkan Otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.


10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


sumber : carigold.com

Khamis, 25 Oktober 2012

Sungha Jung Unique Guitarist

My Heart Will Go On


I'm Yours


Someone Like You


Nota : Perkembangan Sungha Jung sila klik di sini Official Website Sungha Jung ....

Rabu, 24 Oktober 2012

Kakakku dah kahwin

Anak-anak buah

Adik-beradikku...opss ada yang tersesat seorang..tapi aku tak ada...

Mek ku sayang ....

Akad nikah pada 23 Ogos 2012...

Semoga berbahagia sehingga ke syurga.... cepat- cepat dapat anak... adik bongsu doakan yang terbaik ...
( moga- moga dapat tukar ke kampung halaman... InsyaALLAH... amin )



nota : tak sabar nak makan nasi minyak untuk kakakku sorang lagi...cepat-cepat kahwin..nnti adik bongsu nak sponsor mana yang patut... 

Selasa, 23 Oktober 2012

Iklan Solat