Rabu, 23 Mac 2011

Kuiz Kelakar dan Bergelak....


Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.release tension~

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend/Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan


iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih-Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KONGSI JAWAPAN ANDA~

nota : kelakar pun ada kan....aku punya jawapan....
 AKU PELUK GARFIELD SEBAB AKU TAK TENTU ARAH

sumber : carigold.com

Sabtu, 19 Mac 2011

Pemilihan nama anak perlu ketahui makna elak tanggung malu

HAK memberikan nama anak adalah tanggungjawab ibu bapa dan pastinya mereka ingin memberi nama yang mempunyai maksud baik mengikut lunas agama. Oleh itu, jika pihak lain seperti datuk atau nenek ada memberi cadangan, jangan berkecil hati andai cadangan tidak diterima. 




Tidak dinafikan, memberikan nama anak ada kalanya menimbulkan dilema kepada ibu bapa kerana dalam mencari nama yang sesuai ada kalanya penekanan diberi kepada makna, sementara ada pula mementingkan nama tetapi bukan maknanya. Justeru, berlakulah nama anak yang bunyinya memang sedap tetapi apabila disemak, membawa maksud tidak baik atau tidak mempunyai makna. Sedangkan, apabila nama disebut, ia sebahagian daripada doa.


Firman Allah bermaksud: “Allah memiliki nama yang baik lagi indah, maka berdoalah dengannya.” (Surah al-A’raf, ayat 180) 



Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah Azza wa Jalla ialah Abdullah dan Abd Rahman.” (Hadis sahih Muslim) 

Menurut sunnah Rasulullah SAW, kita disaran memberi nama, mengadakan kenduri akikah, mencukur keseluruhan kepala dan mentahnik anak pada hari ketujuh selepas kelahiran. Menjadi kewajipan ibu bapa memilih nama membawa makna baik untuk anak mereka. 



Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka gunalah nama yang baik.” 



Ibu bapa juga hendaklah menetapkan niat memilih nama anak kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk selain memelihara sunnah Nabi SAW memberi identiti yang baik kepada bayi baru dilahirkan. Andainya tidak mahir, dinasihatkan bertanya kepada mereka yang arif dalam bahasa Arab bagi mendapatkan kepastian mengenai kesesuaian gabungan nama (jika lebih daripada satu) supaya terpelihara maksudnya. 



Contoh gabungan nama yang sesuai seperti Amirul Muttaqin yang bermakna ketua orang bertakwa. Jika memilih salah satu nama Allah, hendaklah menambah perkataan ‘Abdul’ yang bermaksud hamba. Elakkan memilih nama yang tidak mempunyai maksud atau tiada kaitan dengan Islam dan jangan memberi nama terlalu panjang. Kita dapati masyarakat Malaysia cenderung memberikan nama yang panjang sehingga seorang kanak-kanak memiliki tiga nama. 

Bayangkan berapa lama masa akan diambil anak itu untuk mengisi borang sepanjang hidup mereka. Segala urusan anak menjadi lewat angkara ibu bapa atau mereka yang ghairah memberikan nama anak tanpa memikirkan risikonya.  Pastikan juga nama panggilan mempunyai maksud kerana ada anak diberi nama dengan maksud yang indah tetapi dipanggil setiap hari dengan nama yang tiada makna atau lari maksud baiknya. 

Begitu juga dengan nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan seperti biasa berlaku anak lelaki diberi nama Iman kerana nama itu sesuai untuk anak perempuan manakala bagi anak lelaki ialah Ayman. Kita pasti tidak mahu anak merasa malu atau menjadi bahan ejekan hanya kerana nama lalu menyalahkan ibu bapa. Oleh itu, sentiasa berhati-hati apabila hendak memberi nama kepada bayi baru dilahirkan, jangan terburu-buru dan dapatkan pandangan pihak yang arif. 

sumber : Berita Harian

Sabtu, 12 Mac 2011

Tip belanja berhemat, elak jadi hamba duit

1. Tentukan matlamat kewangan 


Tentukan matlamat dalam menguruskan kewangan yang seakan-akan sama konsepnya seperti zaman zaman belajar dulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu matlamat kewangan kita dan ke mana kita ingin menggunakannya. 
Sebagai contoh, mungkin ada antara kita yang bermatlamat menyambung pelajaran, membeli rumah, berkahwin, perbelanjaan rumah tangga, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan sewaktu persaraan. 

Apabila kita sudah menentukan matlamat kewangan sekali gus sudah pasti aliran kewangan, kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Kita juga perlu mengetahui jangka masa untuk kita mencapai matlamat itu. 

2. Awasi tabiat berbelanja 

Jika kita merasakan setiap akhir bulan kita gagal untuk menyimpan duit, inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa. Apa yang penting, kita perlu menyemak semula ke manakah kewangan dihabiskan atau dibelanjakan. 

Hayati apakah ketika berbelanja, diri lebih cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika berdasarkan kehendak semata-mata dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan, tabiat itu haruslah segera diubah. 


3. Tulis rancangan atau pelan perbelanjaan 

Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada.

Apabila nampak saja duit lebih, ia terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa melakukan simpanan. Ini biasa terjadi kepada golongan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi, kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlu menulis setiap butiran perbelanjaannya. 

4. Simpan sebelum belanja 

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah: 
Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan bukan Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan 

Setiap kali mendapat gaji bulanan, apa yang perlu diutamakan dulu ialah membuat simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan. 

Namun, sering kali ramai golongan muda apabila menerima saja duit gaji, ia terus digunakan untuk membayar hutang dan berbelanja sehingga simpanan dilupakan atau simpanan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. 


5. Perbelanjaan isi rumah 

Jika kebiasaan berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 saja. Maka rancang perbelanjaan anda dan tidak salah sekiranya membeli secara borong. 

6. Kad Kredit 

Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelak terlebih belanja (overspent). Jika ingin digunakan juga, selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan faedah tahunan lebih rendah berbanding kad kredit, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang. 


7. Fikirkanlah masa depan 

Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan tidaklah penting, ternyata anda bakal melakukan kesilapan besar. 

Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan adalah perkara yang harus di lakukan oleh setiap orang. Setiap perkara memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti kerana jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan mengetahui tujuan kewangan kita. 

sumber : Berita Harian

nota : abah aku selalu berpesan kalau ada duit di tangan tu hendaklah pandai menggunakannya...jangan duk berhabisan pulak...duit yang kecik tu kalau dikumpul boleh jadi banyak lur...tapi tak elok jugak kalau berjimat sangat kalau memakan diri kan....lagi satu gaji besar atau kecik bukan penentu segalanya...tetapi cara seseorang tu menggunakannya bagaimana ??...hidup  bujang la kumpul duit bebanyak nanti dah berkeluarga lain pulak caranya untuk urus kewangan...

Lebih 1,000 dikhuatiri mangsa tsunami

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.
NONE
Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

NONE



Agensi berita Kyodo melaporkan, 
gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran. 

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

NONEKyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.



Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.
NONEStesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.

sumber : MalaysiaKini

Khamis, 10 Mac 2011

Aku menyesal kawin...

Copy N Paste from facebook....


231040.9.3_u

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!


(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)

Penulis : Tuah Mohd Bakheet (fb)

Tuah Mohd Bakheet


nota : tertarik bila aku bace  cerita ni...pandai penulis imaging kan... walaupun dia sebenar pun tak kawin ag la...syok pulak kan kalo pikir bab2 kawin kan...tapi korang yang nak kawin tu..perlu la berfikir sedalam2nya n bersedia dari segi zahir dn batin..insyaallah rumah tangga akan harmoni sehingga ke akhir hayat....aku pun terbaca cerita ni pun melalui fb la...saje je nak berkongsi dengan yang lain (yang masih belum baca cerita ni)....nak tahu lebih lanjut cite2 yang lain..boleh la ushar fb penulis nye xsilap aku la...hehehhe...

Sabtu, 5 Mac 2011

Loghat Kelantan



sekali Arung - Sekaligus


Air Geh - Air Berkabonat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

kesik – sunyi

Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

patat – ada sikit lagi

nelo – tingkap

jo-on – mendung

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih sereyat - Sangat Nipis

Babei - Degil 

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak Larat

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

tiga amah – rm1.50

kekoh - gigit

ikan khonge – ikan cencaru

ghoyak - bgtau

berlago - berlanggar

mokte - rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melaka

congek - terjungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajus

netting- melantun

manih letting -manis yg amat

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA




nota : aku punya loghat kelantan tak de la pekat sangat...uhuhuhhhuu....
yang penting makan budu.. ;)


Jumaat, 4 Mac 2011

Terbaik




Terbaik - Ello


tak kusangka kau hadir di hidupku
kau penuhi semua impian hidupku
sungguh Tuhan ku bersyukur padaMu
Kau izinkan aku untuk mencintainya

kau terbaik yg pernah ku miliki
jangan kau pergi dariku
namun bila harus berpisah
ku ingin kau tahu
kau lah yg terbaik

namun bila harus berpisah
ku ingin kau tahu
ku ingin kau tahu
ku ingin kau tahu
kau lah yg terbaik



( official video tak dijumpai )


( Lokman OIAM - Terbaik )


download mp3 kat 4Shared

nota : suka dengar lagu ni :)...