PUTRAJAYA 31 Jan. – Semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir pada masa ini dinasihat agar berkumpul sesama mereka dan saling menjaga keselamatan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun kerajaan, melalui Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di sana sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan mereka, mereka juga perlu mengambil tanggungjawab memandangkan keadaan bertambah serius.
"Pegawai kita pergi kesemua rumah-rumah negeri untuk memastikan bahawa semua penuntut selamat, dan memberi nasihat dalam soal menjaga bekalan makanan, elakkan tempat-tempat tumpuan ramai dan tidak terbabit dalam demonstrasi dan sebagainya.
"Paling utama ialah penuntut berkenaan mesti bertanggungjawab mengenai keselamatan diri mereka kerana kita tidak dapat harap kedutaan atau MSD (Jabatan Penuntut Malaysia) berada di sana sepanjang masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata kerajaan juga sedang meneliti pelbagai pendekatan bagi memastikan keselamatan kira-kira 11,000 rakyat Malaysia yang berada di negara itu, termasuk untuk memindahkan mereka ke negara terdekat seperti Jordan atau Syria sekiranya keadaan memerlukan.
sumber : Utusan Online
nota : kawan 1 tempat praktikal dengan aku bercerita pasal adik kawan dia yang duk belajar kat Mesir terpaksa berkurung dalam rumah je.Betapa gentingnya keadaan di Mesir. kawan aku bercerita tak habis la. sebab waktu tu aku dah nak balik kerja dah...so...aku cakap la sambung esok la. Aku harap pergolakan di Mesir tidak berlajutan dan perkara tidak diingini mintak dijauhkan...insyaallah...sama-samalah kita mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir dan juga rakyat Mesir sendiri...amin...
2 comments:
itu bahayanya sekaran...
harap rakyat malaysia di sanan berhati-hati
@ mie
harap2 macam tu la...
semua selamat hendaknya...
insyaallah...
amin...
Catat Ulasan