Khamis, 6 Januari 2011

Musim Tengkujuh Di Kelantan Dah Bermula

Beberapa daerah di Kelantan mulai dinaiki air berikutan hujan yang berterusan sejak kelmarin.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Roslee Mamat, berkata paras air di beberapa sungai utama mula menunjukkan peningkatan terutama Sungai Golok di Rantau Panjang yang kini berada pada paras 9.3 meter melebihi paras bahaya 9 meter.
"Keadaan cuaca di seluruh negeri terutama di daerah pedalaman dilaporkan hujan berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah mulai dinaiki air, paras sungai juga dijangka akan terus meningkat.
"Antara daerah terlibat sehingga kini adalah Rantau Panjang dan Pasir Puteh. Kita meminta penduduk terlibat sama ada di tebing sungai atau di kawasan rendah yang terdedah kepada banjir kilat agar mengambil langkah awal dengan bersiap sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan," katanya.
Beliau berkata sehingga kini keadaan dilaporkan terkawal dengan beberapa penduduk di tebing Sungai Golok mulai berpindah ke rumah saudara mara ekoran kawasan rumah yang mulai ditenggelami air.
"Sehingga kini belum ada mana-mana pusat pemindahan dibuka bagaimanapun difahamkan ada beberapa keluarga telah mulai berpindah ke rumah saudara mara terdekat," katanya.
Roslee turut meminta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) agar memantau keadaan di kampung masing-masing dan penduduk sekitar yang memerlukan bantuan terutama membabitkan pemindahan segera.
Kelantan dilanda banjir gelombang pertama awal November tahun lalu yang menyebabkan 289 penduduk di Rantau Panjang dan Pasir Mas dipindahkan.
Gelombang kedua menyusul pada 1 Jan tahun ini yang menyebabkan 494 mangsa dipindahkan melibatkan daerah Tumpat dan Pasir Mas.

Sehingga kini tiada korban mangsa banjir dilaporkan.

Sumber : Malaysiakini.6 Januari 2010. 1.26pm....






Entri kali ni berkenaan hujan la...hujan berpanjangan je dari pagi sampai sekarang (sekarang dah malam la ).....alamak parit depan rumah aku makin bertambah la.kat kawasan rumah aku selalu banjir tapi rumah aku tinggi sikit...so tak naik air la....tapi kat rumah aku selalu jadi tempat letak kenderaan orang ramai la sebab orang sekitar nak tengok banjir dan ade sesetengah siap meredah lagi banjir la..ulang alik lagi...rumah aku pernah naik air la....tak silap aku dalam awal 90-an la....memang banjir besar punya....tapi time tu aku masih kecil ag...mungkin dalam 3-5 tahun la...aku dah tak ingat la....tapi memang berlaku la banjir tu...tapi seronok gak bila banjir nie...boleh main air....aku sempat lagi naik motor dengan 2pupu meredah air banjir....pah tu motor mati di tengah-tengah kawasan banjir...start enjin motor tak dapat-dapat....last-last tolak motor....penat lur tolak motor lam banjir...bila enjin dah boleh hidup...start lagi meredah banjir dengan motor....tak pernah serik....ni kira nak uji ketahanan motor camne bila duk dalam air.....hahahhhaha....kelakar pun ada....tapi tengkujuh tahun nie macam terlambat je sebab sekarang dah masuk bulan 1....yang penting tengkujuh still ada...sesiapa yang pakai astro pada musim ni....memang tak dapat tengok la t.v....siaran mesti selalu tak ada..uhhuhuuhuh...
ok la dulu untuk entri  kali nie....



p/s : jaga diri di musim banjir.....

6 comments:

Huszaini berkata...

mesti meriah macam pesta kan!

Mohd Ridhuan berkata...

Huszaini....yup...sakan la klau banjir...pesta2 pun kena berjaga2 gak....

Pangkah Bulat berkata...

fuyoo.. tu la pasal..=)


Saya sudah follow blog awak..
Awak bila nak follow blog saya..
http://pangkahbulat.blogspot.com/

Sendra berkata...

keburukan kalau banjir ni biasanya pasal harta benda dan penyakit lah kan?habis kalau tengok dekat berita tu semua barang tenggelam..kalau yang rumah 2 tingkat mungkin bernasib baik lagi tapi kalau yang satu tingkay??lagi kalau penyakit ni susah kalau yang air kotor2 merebak kerumah lah..bila banjir surut mesti penat tu nak kemas..anyway budak2 seronok lah tu kan dapat cuti..haha

Mohd Ridhuan berkata...

@ Pangkah Bulat

thank for ur coment...
i follow back...

Mohd Ridhuan berkata...

@ Sendra

banjir berlaku...cti kene diganti balik la...
tu yang xsyok la...hehhehe
penyakit dan harta benda xboleh dielakkan...