Sabtu, 15 Januari 2011

Bekalan Minyak Masak Pulih Minggu Depan

azlan



Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak masak di pasaran akan pulih sepenuhnya minggu depan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengilang dan pembekal diarah meningkatkan bekalan kepada pemborong dan peniaga di seluruh negara terutama menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina nanti.

"Sebanyak 14,000 tan metrik tambahan minyak masak akan dibekalkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan dengan penambahan bekalan tersebut tiada sebab bekalan minyak masak tidak mencukupi kecuali peniaga menyorok bekalan minyak tersebut," katanya kepda pemberita selepas majlis mesra bersama peneroka Felda Tembangau, di Bera.



Beliau berkata, sebanyak 73,000 tan metrik minyak masak diperlukan di seluruh negara untuk setiap bulan dan dengan penambahan 14,000 tan itu, tidak sepatutnya timbul lagi isu kekurangan minyak masak di pasaran.


Ismail Sabri turut berharap orang ramai agar tidak membuat pembelian panik atau membeli terlalu banyak barang keperluan di musim perayaan itu nanti.


Dalam perkembangan lain, beliau yang juga anggota Parlimen Bera berkat, kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi kerja menaik taraf projek bekalan air di Felda Gugusan Bera pada tahun ini.

Katanya kerja-kerja menaik taraf projek itu akan dapat menangani masalah bekalan air yang melibatkan lebih 10,000 peneroka Felda Gugusan Bera dan kampung-kampung tradisional sekitarnya.

"Gangguan bekalan air di Felda Gugusan Bera adalah disebabkan paip lama yang sering kali bocor atau pecah," katanya.

Beliau berkata kerja-kerja naik taraf itu melibatkan penggantian paip-paip lama yang telah berusia lebih 30 tahun serta menaiktaraf loji-loji air di kawasan berkenaan. 

sumber : MalaysiaKini



Dialog antara Suami dan Isteri....

suami : Ayang...minyak masak banyak lagi ke? kat pasaraya takde,,,kat kedai biase pun tak de...susah ni...

isteri: abang....tak yah risau la...kat rumah kite ni stok minyak banyak lagi ni...abang dah lupe ke? kan setiap bulan...kite mesti beli minyak dalam 2-3 botol minyak ( botol minyak 5kg).....

suami: lupa lak abang...abang risau la..kat ofis abang sume duk kecoh pasal minyak tak de nie...ada member office siap mintak kat jiran sebelah umah dia sebabnye dia penat merayau cari minyak kat serata tempat...tapi sume takde...mujur la jiran sebelah umah dia tu baik sanggup menghulurkan minyak masak yang dia belum guna lagi...

isteri: sampai macam tu sekali ye...dahsyat kan abang..mujur la ayang dah berjaga-jaga...kalau tak jadi macam member office abang tu...kene mitak tolong ngan jiran sebelah..

suami: tau xpe...ayang jngan duk membazir sngt bila gune minyak masak tu...
kalau minyak tu boleh guna lagi...guna lagi...jangan duk gatal nak buang pulak dah...

isteri: ok abang...ayang selau wat macam tu la...tu la abang..ayang suh abang temankan ayang time masak...abang taknak...kan tak tau...isteri abang ni pandai menjimatkan minyak...

suami: tak pe...mulai hari ni...bila ada waktu kelapangan..abang akan temankan isteri abang yang manis ni masak.k....

isteri: tersipu-sipu malu sambil tangan dia mencubit pinggan si suami...


nota: pengajaran dari dialog di atas ialah berwaspada apabila ketiadaan minyak, mencari penyelesaian bila minyak tiada (seperti member office si suami) dan penjimatan apabila menggunakan minyak masak...

8 comments:

E.d.Y berkata...

tu la..dah kronik la masalah minyak ni

Mohd Ridhuan berkata...

@abg edy...
tu la pasal abg edy...
nak naikkan gaji takut berlakunya inflasi...

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum
Aduiii dah tertinggal banyak entry kat sini.....maaf atas sebab tertentu amat sibuk sikit sesejak ni...

eeeemmmm ramai yang mengeluhhhh lahhhh pasal minggu depan baru pulih sedangkan keadaan akan bertambah kritikal lambat sangat minyak nak ade balik .... pastu kena tunggu seminggu lagi plak tuu

mie berkata...

patut la gue tgk rak minyak kat pasaraya kosong je..
ehehee

ahsfantasy24 berkata...

kne mkan msakan rebus n
bakar jek la nei..hehe~

Mohd Ridhuan berkata...

@Afzainizam

Waalaikumussalam,,,
kita tggu la camne perkembngan mngnai minyak nie...
hehhehehhehe

Mohd Ridhuan berkata...

@ mie

tau xpe...
kat mane2 pun xde minyak...
hehhehehhe

Mohd Ridhuan berkata...

@ ahsfantasy24

sy sokong tu....
elakkan memakan benda yang berkaitan ngan minyak...
hehehheheh