Isnin, 17 Januari 2011

Bas terbabas, enam pelajar UiTM cedera ringan



TAPAH: Enam daripada 35 pelajar perempuan Universiti Institusi Teknologi Mara (UiTM) Arau mengalami cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya Km334.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Amad berkata pemandu bas itu bersama pembantunya turut mengalami cedera ringan dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.15 pagi itu. Beliau berkata semua mangsa yang cedera berusia dalam lingkungan 20-an diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tapah dan mereka dibenarkan keluar tengah hari tadi.



"Ketika kejadian, semua pelajar itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Arau, Perlis, selepas menghadiri program usahawan pintar di Dewan MCA, Jalan Ampang, anjuran koperasi Shamelin semalam," katanya di sini hari ini. Roslan berkata bas itu dikatakan gagal dikawal semasa tiba di tempat kejadian lalu terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya berkenaan, dan semua pelajar itu menaiki bas gantian untuk pulang ke UiTM tengah hari tadi.

4 comments:

Unknown berkata...

Alhamdulillah..syukur la semua selamat..

Madd berkata...

@Rozuan Ismail

yup..mujur la semua selamat...
alhamdulillah

Admin berkata...

alhamdulillah..
mujur xde kcdraan yg parah..

Madd berkata...

@ahsfantasy24
alhamdulillah...
kecedraan ringan je...