Isnin, 17 Januari 2011

Bimbang Kelantan dirampas halang PAS laksanakan hudud



nik aziz meeting with bloggers, kl

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri.


Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1977 dahulu."(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.


"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya. "Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran... dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, malam tadi. Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

nik aziz meeting with bloggers, kl



Ambil secupak


Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis. "Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Katanya, hal demikian berlaku kerana berkat doa dan dakwah yang dilakukan membuatkan bukan Islam berasa selesa dan tidak takut dengan ajaran Islam. Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata demikian ketika menjawab soalan penulis blog Azizi Abdullah yang mengutarakan soalan mendakwa semangat PAS untuk menegak undang-undang jenayah Islam itu dilihat "mengendur" selepas bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi respon terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada tahun 1993 dan belum dimansuhkan.Bahkan ia juga telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana "ada halangan dan cabaran".


Katanya, pendirian kerajaan negeri pada ketika itu adalah memikirkan kemudaratan yang akan dihadapi kerajaan negeri itu sekiranya undang-undang itu dilaksanakan. Kalau laksana hukum hudud apakah, halangan dan cabarannya.(Oleh sebab itu) kita tak laksana (hukum hudud). "Tetapi ia tetap dilaksanakan dalam bentuk yang lain," katanya yang juga seorang peguam. Takiyuddin berkata walaupun tidak dilaksanakan, tetapi undang-undang kecil yang lain dapat diimplimentasikan.

hudud law


Royalti minyak

Sementara, exco kanan Datuk Husam Musa pula menafikan tanggapan penulis blog yang bahawa tiada perkembangan berhubung isu tuntutan royalti minyak. Katanya, tuntutan tersebut didokong oleh semua pihak, dan kerajaan negeri memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan permohonan tuntutan berkenaan.

"Ia bukan isu politik tetapi untuk menjaga amanah. Seperti mana yang disebut oleh Tok Guru, isu royalti adalah isu amanah, dan beliau adalah pemegang amanah, maka kita menuntut amanah itu bagi rakyat negeri Kelantan," katanya. Sehubungan itu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan mengajak semua penulis blog dan Facebook hadir ke Mahkamah Tinggi Perdagangan Kuala Lumpur berhubung permohonan kerajaan pusat untuk mencelah menjadi defendan bagi isu tuntutan royalti minyak.


"Kita bantah permohonan itu," katanya sambil menambah permohonan itu berlangsung pada 27 Januari ini. "Kerajaan pusat mungkin rasa Petronas berseorangan atau rasa mereka memerlukan bapa kerana tak sanggup menghadapi (kerajaan negeri) Kelantan," katanya sinis. Tambahnya, pendekatan lain oleh kerajaan negeri berhubung isu berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


Sebelum majlis dialog itu dimulakan, Nik Aziz menyampaikan sedikit ucapan ringkas yang mana beliau menasihatkan penulis blog dan Facebook supaya tidak menulis sesuatu "sesuka hati". "Tulis baik, balasannya syurga. Tulis jahat, balasannya neraka," katanya sambil merujuk tulisan dalam blog yang mendakwa beliau dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU, beberapa bulan lalu.


azlan

NONE

sumber : MalaysiaKini

nota: aku tahu sikit pasal MAGERAN...macam mana boleh tahu? aku boleh tahu time praktikal la..staff duk bercerita pasal MAGERAN...aku dengar je...nak tokok tambah tak tahu menahu..so tanya la apa yang patut...bukan sekadar ilmu praktikal je dapat...ilmu lain pun dapat gak...menambahkan pengetahuan apa yang patut..

2 comments:

mie berkata...

mageran?
first time gue dengar...

Madd berkata...

@ mie

Mageran tu Majlis Gerakan Negara...
pernah berlaku di kelantan sekitar 1977...dan juga berlaku di negeri2 lain...
MAGERAN ialah badan pentadbiran negara pada zaman darurat..