Ahad, 9 Januari 2011

Baru Seminggu, sudah 7 kes BUANG BAYI....


Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.


Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.


Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.

Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.
- Bernama

sumber : Malaysiakini






nota: kes buang bayi yang aku paling ingat ialah...penemuan bayi yang masih hidup dalam beg pakaian dan penemuan mayat bayi yang berlumuran daran dalam tandas sebuah hospital... (renung-renungkan kita semua)....

6 comments:

syaiCHOLOGIST-to-be berkata...

aaaa yang second picture tuu SORRY gilaaa tak boleh tengok langsung!
darah diaaa errrrrrr :'(((

Tanpa Nama berkata...

aish,sedihnya tengook baby tu.
dioarng nie xde ke rasa kasih sayang..

Madd berkata...

syai.nia.sharif...
tu la pasal kan...tapi siap ada mangkuk tu...


Wan Ahmad Izudean...
xdok kasih saye la tu...yang duk buang2...
kalo ado kasih saye...mst tok buang...

Admin berkata...

kesian sangat kt
bayi2 yg xbrsalah..

:(

Madd berkata...

betul2 kesian...
inu bapa yang bersalah...
bayi yang xberdosa mnjdi mgsa...

Nisa Ahmad berkata...

klau tak nak jgn lah buang bgilah kat org yg xda ank,,,,tak smpai hti nak tgok,,,,