Cari makanan gantian
Gantikan makanan kegemaran anda dengan juadah yang kurang lemak, gula atau garam. Jika selama ini anda gemar susu penuh krim, mungkin anda boleh gantikan dengan susu rendah lemak.
Minum banyak air
Banyakkan minum air putih menggantikan air bergas atau jus kordial. Tahukah anda, air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari?.
Banyakkan pergerakan
Banyakkan bersenam - ini akan membakar kalori anda yang berlebihan. Anda bebas berjogging, main futsal atau melakukan kegiatan fizikal mengikut kemampuan anda. Anda juga boleh berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke restoran, membuat sit-up sambil menonton TV atau meletakkan kenderaan jauh dari pejabat atau tempat dituju.
Ada pakar kesihatan menyarankan anda bersenam selama 30 hingga 45 minit sebanyak tiga atau lima kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata lakukannya dalam tempoh 10 minit saja? Jangan paksa diri sebaliknya belajar berdisiplin dan jadikan ia suatu rutin.
Lakukan sedikit demi sedikit
Jangan terlalu drastik! Lakukan sedikit demi sedikit ikut kemampuan anda. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan berkhasiat.
Jangan terlebih makan
Pernah anda mendengar sunnah Rasulullah SAW. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang atau petua pemakanan yang diamalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad? Jadi, makan sedikit tetapi kerap.
Jangan tidak sentuh langsung makanan berlemak
Usah begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.
Fokus pada sihat
Jangan terlalu mengejar alat penunjuk pada mesin pemberat tertumpu kepada angka idaman atau berat badan yang dihajatkan. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrien dan khasiat yang optima kepada badan anda.
Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru boleh menyebabkan anda teruja untuk menjamu selera. Cari kaedah lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada kenalan rapat atau berjumpa kaunselor.
Motivasi
Sokongan dan motivasi adalah sebahagian kunci utama dalam proses menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan insan tersayang dan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul.
sumber : Berita Harian
21 comments:
thanx bg tips ni. harap2 berat turun lepas amal ni
@ Freaky
sama2...
sharing2..
hehehehe
menarik bro menarik!!!
@ EZAD AMIR
terima kasih...
hehehheh
stg berguna...
lelaki ja??
ahh..prempuan pon boleh kan..hee
ak malas nak minom air... huhu
tapi tips yg best...
thanks...^^
tgh diet skang ni..
haha..
ais-ais harus dielakkan gk..hmm,,sedih,,huhu
@ Muhd Shafiq Azmi
amalkan...
huuhuhuuh
@ Azariah Kamis
perempuan pun boleh gak...
hehhehehhe
@ Shamsuddin Amin
malas ek...
ko kene rajin2 kan la..
hhahahhaha
@ liyana
sedih pulak dengar...
cekalkan diri...
yana pasti boleh ;)
sume pernah buat...hehe
tips yang bagus ni.
mesti cuba. :)
@ Nur Hawa Mohd Zin
dah pernah buat ek...
mcm ne perkembgan ?
@ mizzapple
selamt mencuba...
heheheh
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy bumbung kereta karat
yupppp kena jaga badan .... kena hjaga pemakanan... kerana dari makanan sekarang banyak memudaratkan
@ Afzainizam
memang kena jaga badan...
setuju mknan skrg bnyk yang memudaratkan...
hehehhe
@ Nur Hawa Mohd Zin
dah buat sume ek....
hehehhehe
Tambahan, selalulah minum air panas.... (Sy dulu gemuk, alhmdllh, sbb slalu minum air panas n skipping, dptla kurus)
@ Meera
air panas yang mendidih ke...
atau air suam je...
hehhehee
baru tahu ni...
terima kasih..
Catat Ulasan