Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, 22 Jun 2011

Tips membakar kalori




  • Melakukan kerja rumah seperti menyapu lantai, mengelap pintu atau tingkap, membersihkan tandas dan membuang sampah setiap hari.
  • Anda boleh berkebun seperti menanam bunga, sayuran, memotong ranting pokok dan berkaitannya untuk beberapa minit.
  • Berdiri untuk beberapa minit sebaik saja selepas makan dengan melakukan kerja membasuh pinggang mangkuk. 
  • Jika ada tangga di rumah, mulakan naik dan turun tangga sekerap yang mungkin dalam tempoh sehari. 
  • Membasuh pakaian tanpa menggunakan mesin pencuci. 
  • Keluar berjalan ke pusat beli-belah untuk beberapa jam.
  • Beli beg penumbuk dan lepaskan geram menumbuk di beg itu. 
  • Mandikan haiwan peliharaan di rumah. 
  • Lakukan sedikit senaman ringan setiap pagi dan tengah hari bersama keluarga. 
  • Berkayuh basikal membantu mengurangkan kalori. 
  • Menunggang kuda. 
  • Manjakan diri dengan mandi jakuzi beberapa jam. 
  • Lakukan urutan sama ada tradisional atau teknik lain. 
  • Mengecat rumah. 
 
sumber : berita harian

Sabtu, 28 Mei 2011

FITT formula capai kehidupan sihat dan aktif




F - Kekerapan (frequency) 
Senaman boleh dilakukan setiap hari namun digalak melakukannya selang sehari. Tetapkan pada peringkat permulaan untuk melakukan senaman minimum empat hari seminggu. 


I - Daya Tahan (intensity) 
Daya tahan jantung atau kadar degupan jantung yang sesuai untuk melakukan senaman dengan kiraan seperti berikut 220 tolak umur. Untuk membakar kalori dengan berkesan dan menjaga kesihatan jantung cari kadar jantung seminit di antara 60 hingga 90 bpm daripada hasil penolakan dengan umur anda tadi. 


T - Masa (time) 
Digalak melakukan senaman lebih daripada 30 minit. Ini kerana tubuh hanya akan menggunakan simpanan tenaga daripada badan seperti lemak apabila kita melakukan senaman lebih dari 20 minit, mengikut kadar degupan jantung. 
Sasarkan senaman setiap sesi di antara 30 hingga 60 minit. 

T - Jenis (type) 
Pelbagai jenis senaman boleh dilakukan untuk dijadikan sebagai objektif seperti pengurangan berat badan, meningkatkan stamina dan membentuk otot yang mantap dan menarik. 
Selepas kita menetapkan sistem ini mengikut kehendak dan kemampuan diri sendiri, langkah seterusnya yang perlu diambil adalah memahami empat asas senaman. 

1. Senaman untuk sistem kardiovaskular (jantung) seperti berjalan, berjoging, berenang, berbasikal atau menari. 

2. Latihan kekuatan untuk kekalkan keanjalan dan kemantapan otot serta membantu pergerakan sendi. Senaman seperti mengangkat bebanan (dumbell) yang dilakukan dengan teknik angkatan yang betul. 

3. Senaman kelembutan yang dilakukan sebelum dan selepas setiap kali bersenam untuk persediaan fizikal dan mental serta mengelak risiko kecederaan. 

4. Senaman teras badan untuk mengekalkan kekuatan tengah badan iaitu di perut, belakang dan sisi. 

Empat bahagian asas senaman ini boleh dilakukan secara berasingan atau bersama dalam satu sesi senaman. Paling penting adalah kepelbagaian dalam senaman serta teknik tepat. 

Perancangan yang sesuai dan teratur dapat membantu mencapai apa yang diimpikan. Teknik senaman keluarga ini dikongsi oleh jurulatih kecergasan, Mohd Hoesni Rahmat. 

sumber : Berita Harian

Rabu, 11 Mei 2011

Tips diet untuk lelaki tetapi perempuan boleh amalkan juga..


Cari makanan gantian 
Gantikan makanan kegemaran anda dengan juadah yang kurang lemak, gula atau garam. Jika selama ini anda gemar susu penuh krim, mungkin anda boleh gantikan dengan susu rendah lemak. 

Minum banyak air 
Banyakkan minum air putih menggantikan air bergas atau jus kordial. Tahukah anda, air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari?. 

Banyakkan pergerakan 
Banyakkan bersenam - ini akan membakar kalori anda yang berlebihan. Anda bebas berjogging, main futsal atau melakukan kegiatan fizikal mengikut kemampuan anda. Anda juga boleh berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke restoran, membuat sit-up sambil menonton TV atau meletakkan kenderaan jauh dari pejabat atau tempat dituju. 

Ada pakar kesihatan menyarankan anda bersenam selama 30 hingga 45 minit sebanyak tiga atau lima kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata lakukannya dalam tempoh 10 minit saja? Jangan paksa diri sebaliknya belajar berdisiplin dan jadikan ia suatu rutin. 

Lakukan sedikit demi sedikit 
Jangan terlalu drastik! Lakukan sedikit demi sedikit ikut kemampuan anda. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan berkhasiat. 

Jangan terlebih makan 
Pernah anda mendengar sunnah Rasulullah SAW. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang atau petua pemakanan yang diamalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad? Jadi, makan sedikit tetapi kerap. 

Jangan tidak sentuh langsung makanan berlemak 
Usah begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat. 

Fokus pada sihat 
Jangan terlalu mengejar alat penunjuk pada mesin pemberat tertumpu kepada angka idaman atau berat badan yang dihajatkan. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrien dan khasiat yang optima kepada badan anda. 

Atasi tekanan emosi 
Emosi yang bercelaru boleh menyebabkan anda teruja untuk menjamu selera. Cari kaedah lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada kenalan rapat atau berjumpa kaunselor. 

Motivasi 
Sokongan dan motivasi adalah sebahagian kunci utama dalam proses menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan insan tersayang dan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul. 


sumber : Berita Harian

Sabtu, 7 Mei 2011

Tips Minum Air dan waktunya.


Waktu yang digalakkan untuk minum air masak.
  • Minum dua (02) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
  • Minum segelas (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
  • Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
  • Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

sumber : carigold.com