Para peserta Imam Muda musim kedua yang bakal bersaing merebut gelaran Imam Muda Unggul. |
IMAM MUDA, program realiti terbitan Astro Oasis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang berjaya menarik perhatian dunia, sekali gus memecah tradisi program-program berkonsep keislaman yang selama ini dipandang sebelah mata atau dikategorikan sebagai program kelas kedua.
Namun siapa sangka gelombang baru yang dicetuskan menerusi Imam Muda tidak sahaja mengubah pandangan skeptikal khususnya, penonton di Malaysia terhadap program Islamik tempatan.
Bahkan, tempias kejayaannya turut membuka mata masyarakat Islam luar negara akan potensi dunia penyiaran dalam medium dakwah, apatah lagi yang menjurus kepada golongan muda.
Menamatkan program Imam Muda musim pertama secara bergaya pada Julai tahun lalu dengan menobatkan Imam Muda Muhammad Asyraf Mohamad Ridzuan sebagai juara pertama, secara tidak langsung menjadi testimoni dalam usaha penerbitan lebih banyak program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata tetapi dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial.
Asyraf Juara Musim Pertama |
Malah, ia sekali gus akan memartabatkan status imam serta memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul dan menjadi pemangkin kepada kelahiran imam muda yang versatil dan relevan kepada komuniti.
Lantaran itu, bermula awal tahun 2011 selama dua bulan krew produksi Imam Mudamenjelajah ke enam lokasi iaitu ke Johor Bahru, Kota Bharu, Alor Setar, Kuantan, Kota Kinabalu dan berakhir di Kuala Lumpur.
Ia dalam usaha mencari 10 lagi calon Imam Muda bagi musim keduanya. Uniknya, pencarian kali ini, terbuka kepada peserta luar negara.
Malam tadi, bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam diumumkan 10 peserta yang berjaya menginjakkan kaki ke akademi yang penuh prestij ini.
Sabtu lalu kumpulan pemuda yang mempunyai latar belakang dan kerjaya berbeza ini diserahkan kepada Mudir Imam Muda musim kedua, iaitu bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud al-Hafiz dalam majlis penyerahan secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Biarpun ia serba ringkas namun sarat dengan pelbagai mainan perasaan terutamanya pada saat penyerahan ahli keluarga dan tidak ketinggalan isteri untuk melepaskan insan tersayang, waima dalam tempoh tiga bulan.
Namun, hanya iringan air mata kegembiraan dan restu serta keredaan mereka menjadi pemangkin semangat kepada 10 peserta Imam Muda ini, demi mengejar impian dan cita-cita bergelar Imam Muda unggul.
Bunyinya gah bukan! Imam Muda Unggul. Pun begitu, 10 peserta yang terpilih ini, dua adalah dari negara jiran iaitu Singapura dan Brunei. Mereka akan dihimpunkan di bawah satu bumbung, mengharungi segala suka duka bersama serta berjuang secara sihat, bukan atas tiket peribadi tetapi memartabatkan agama Islam yang syumul.
sumber : utusan malaysia
17 comments:
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Yamaha 125z
dari tengok rancangan realiti mentor ke AF ke baik tengok Imam muda... ada faedahnya kan...
imam muda...rancangan yang memang patut dicontohi..:)
best nie
kene layan...
task dia memang susah bagi aku
dada kene ada isi...
antara rancangan realiti terbaik...
hehehehee
ada anak ustaz sekolah saya jadi peserta dalam imam muda ni..tapi,saya tak pasti namanya..huhu.."D
harap2 lbih ramai sponsor
yang ingin mmberi smbangan
spya akademi ni lebih meriah :)
moge kehadiran peserta Imam Muda ke-2
meneruskan perjuangan dkwah demi Islam tercinta sbaik mngkin ..Insya-Allah...
Alhamdulillah...jika dapat suami yg memenuhi kriteria2 sbegini..Insya-Allah~~
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Honda ex5 dan Honda wave
eeeemmmm imam muda pelapis anak bangsa berguna...
nisiatif yg bagus.. untuk mendidik golongan remaja sikit demi sedikit untuk ke arah beragama dan barekhlak mulia.. memang kesan dier tak dapat dlm masa terdekat. atleast,, kita dah buat sesuatu untuk mendidik rohani remaja sekarang. moga moga sape yang lehat dan tengok akan memperoleh kebaikan walaupiun x banyak.. atleast.. cikit pun ok lah.. same same kita semua tengok..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Yamaha 135lc dan penjagaan
Honda ex5 dan Honda wave
@ Afzainizam
terima kasih kerana sudi singgah kat blog ni...
sambil tgk....sambil kita menambah ilmu di dada..
@ Pembawa_Wacana
sewajarnya dicontohi...
hehhehhehe
@ misSbLurRy
sama2 kita menambahkan ilmu...
hehehhehe
@ mie
memang terbaik...
hehehhehhe
@ aLieF si Muncung ManiS
oo...anak ustaz...
bukan senang terplih lam imam muda ni..
@ ahsfantasy24
harap2 mcm tu la...
lagipun relaiti tv ni...
mendapat liputan jugak dari luar negara...
@ sea_lavender
insyaallah....
amin...
Catat Ulasan