- Saiz dan harga harta.
- Jangkaan nilai masa depan.
- Jenis dan kondisi tanah kawasan.
- Tahap pembinaan di kawasan itu.
- Kemudahan utiliti seperti air, elektrik, telefon dan lain-lain yang perlu.
- Keadaan akses jalan.
- Pusat beli-belah atau kedai yang berdekatan.
- Keadaan keselamatan di sekitar kawasan kejiranan itu.
- Sekolah, taman permainan, kemudahan perubatan, makanan dan sebagainya.
- Lawat kawasan tersebut semasa waktu hujan yang teruk untuk memastikan ia bebas daripada bencana banjir.
- Kos insurans bagi kawasan itu.
- Memastikan kawasan itu dekat dengan tempat kerja anda, isteri atau pengasuh kanak-kanak.
- Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan itu.
- Jika ia kawasan perumahan yang sudah matang, cuba bercakap dengan jiran-jiran untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawasan itu. Dari segi keselamatan, pencemaran dan sosial.
- Pastikan anda bersedia pada harga yang ditawarkan. Amnya, harga akan berubah dari satu fasa ke fasa berikut. Bersedia dengan kos tambahan untuk rumah seperti mengubah suai, memasang pagar, lampu, kipas dan lain-lain.
- Jika anda peka terhadap alam sekitar, pastikan pembangunan masa depan yang dirancang.
sumber : kosmo
0 comments:
Catat Ulasan