Rabu, 2 Februari 2011

AirAsia sedia pesawat bawa pulang rakyat Malaysia dari Jeddah




SEPANG: Syarikat penerbangan AirAsia akan menyediakan pesawat A340 dan A330 bagi membawa pulang warga Malaysia ke tanah air dari Jeddah, Arab Saudi.  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun, berkata setiap pesawat boleh memuatkan kira-kira 300 penumpang pada satu-satu masa. "Syarikat penerbangan itu juga telah menyediakan pesawat A320 dengan kapasiti 180 penumpang sebagai 'shuttle' dari Kaherah ke Jeddah," katanya. 

Demonstran berkumpul di depan musium di Kairo (28/01)

Kamaruddin berkata, pesawat A320 akan berulang alik selama empat kali sehari bagi memindahkan warga Malaysia ke Jeddah, tempat transit sementara sebelum warga Malaysia dibawa pulang ke tanah air. Kamaruddin bercakap kepada media sebelum berlepas ke Mesir dengan menaiki pesawat A320 itu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail; dan Ketua Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Terdapat lebih 11,000 warga Malaysia di Mesir yang rata-ratanya adalah penuntut kini dilaporkan terperangkap berikutan pergolakan yang sedang berlaku di negara itu. 

Polisi anti huru hara terlibat bentrokan dengan para demonstran di Kairo.


Selain AirAsia, tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah pun berlepas ke Mesir hari ini dan sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747 yang boleh membawa 285 penumpang pula akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok. Wisma Putra sebelum ini memberi jaminan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah.

Demonstrasi Sabtu (29/01)

10 comments:

sabree hussin berkata...

bagus la airasia nak turut serta sediakan flight

Cik_Shiqah berkata...

alhamdulillah.
bagus lah diorg bwk blik cpt2.
huhu.

Admin berkata...

alhamdulillah...lega rasanya ada operasi piramid ni.cepat2 hantar diorang pulang

misSbLurRy berkata...

semua kerjasama...
mas-airasia-tudm-tldm...
insyllah

Faris CJ berkata...

bguslar...
http://fariscj.blogspot.com/2011/02/krisis-mesir.html

Madd berkata...

@ sabree hussin

memang bgus pun...tapi malaysia airline pun tak silap turut serta gak dalam bantuan di Mesir.

Madd berkata...

@ Cik_Shiqah

alhamdulillah...
sama2 la kita mendoakan keselamtan mereka disana.

Madd berkata...

@ Khairul Amry Mohamad Puad

alhamdulillah...
semoga operasi ini berjalan lancar...
insyaallah.

Madd berkata...

@ misSbLurRy

insyaallah...
semua pihak berganding bahu dalam menangani
masalah ini...

Madd berkata...

@ Faris CJ

sama kita mendoakan keselamatan di Mesir..