Ulasan Cerita
Ceritanya berkisar seorang ayah yang bekerja sebagai buruh kasar bersama anaknya. Ibarat kais pagi makan pagi, si bapa bersusah payah membesarkan anaknya agar menjadi orang yang berguna apabila besar nanti. Itu saja. Tapi lebih dalam daripada itu, CJ7 mengupas bagaimana kesusahan si ayah mencari rezeki, terpaksa menebalkan muka dengan majikannya untuk membeli kipas angin, mengutip barang terbuang dari tempat buangan sampah dan hidup daif di sebuah rumah yang belum siap.
Namun, satu hari, kehadiran sejenis haiwan dari angkasa lepas, mirip anjing mengubah kehidupan dua beranak itu. Awalnya, haiwan itu disangka si anak mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengubah sikapnya dari seorang yamg malas belajar kepada cemerlang dalam ujian. CJ7 tidak punyai kelebihan itu sebagaimana haiwan animasi lain contohnya Doraemon. Sebaliknya kasih sayang ditunjukkan oleh haiwan itu merubah persepsi si anak untuk terus gembira, ceria dan berkerja keras dalam mencapai apa yang dihajati.
Walaupun begitu, pujian wajar diberikan kepada pelakon kanak-kanak Xu Jiao yang berjaya mencuit hati penonton dengan gelagat bersahajanya. Satu rahsia yang harus diketahui, kanak-kanak ini sebenarnya seorang budak perempuan dan bukanlah lelaki seperti di dalam filem CJ7! Meskipun tidak banyak gerak kung fu dipamerkan dalam filem ini, namun begitu Stephen Chow masih menerapkannya pada beberapa bahagian contohnya pada pergerakan anjing CJ7. Begitu juga dengan babak mimpi si anak yang begitu taksub dengan kasut dan cermin mata ajaib yang diberikan CJ7. Biarpun tampak ringkas, ia terselit seni pergerakan kung fu yang sudah menjadi identiti Stephen sejak dulu lagi.
sumber : murai.com.my
nota : semalam, buka tv.tukar chanel banyak kali la. sekejap tengok cerita tu...sekejap tengok cerita yang lain pulak...last-last tengok cerita CJ7, alamak dah separuh jalan cerita tu...rugi tak tengok dari awal la. Bagi aku, jalan cerita CJ7 ringan je tapi cerita tu penuh dengan pengajaran. Cerita ni ada komedi gak dan juga sains fiksyen. Tapi ada part yang menyedihkan bila si ayah yang kemalangan di tempat kerja tu meninggal dunia. Tapi yang aku tak sangka la.budak laki dalam cerita tu sebenarnya budak perempuan.Memang tak disangkakan dan mengejutkan aku.
26 comments:
best kn? tp de part yg sedih. huhu :')
@ aisya
memang best pun...
ade sedih...ade kelakar...
part sedih nk wat camne...
Best gila kan movie nii.. zwan dulu dah tengok dah filem ni kat wayang time raya cina yang lepas.. Memang berbaloila beli tiket wayang n tonton filem ni.. ;)
@ ZWAN SABRI
memang best la...
rugi tak tgk dari awal..
huhuuhuh
hehe suke sgt2 tgk cite nie,
ade bab sdeyh, tp pape pn mmg da best..!
smlm pun tgk gak. syok gak. best2. comel n kawaii giler cj7. kalola dpt satu.
… ....Gong Xi Fat Coi……..
┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
Wish you healthy always
┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
....lllllll........ lllllll .......lllllll....
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
wooooo aku tengok gak pasal tak leh kluar umahhhh hujan lebat kat tempat aku ni..... kalau tak aku dah merempit hujung malam tu
@ ahsfantasy24
setuju dengan sis...
syok cite ni...
memang terbaik la..
@ Aimifiqa
bukan kat kedai ada jual kan cj7...
tak tahu la sekarang ada ke tak...
hehehehhe
@ Afzainizam
sebab terperangkap lam umah la...
ko tengok cite ni..
Gong Xi Fa chai...
laaa..tu bdk pmpuan ke? mcm lelaki..ish2..
salam perkenalan ye.cik ila jumpa kt innit td..
tgh tgk cj7 ni kat axn..entah berapa kali tgk cite ni..best
best cite ni. dah puas gelak tiba2 pulak sedih. nasib baik boleh tahan sedih klau x mesti dah kluar air mata ni. hehe
@ Cik Ila
salam perkenalan gak...
tak sangkakan...budak lelaki adalah budak perempuan sebenaranya..
@ abg E.d.Y
dah banyak kali tengok ek...
best2...
@ muhamadsufian89
mujur tak keluar air mata...
uhuhuhuuhhu
@ Afzainizam
sama2 la kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka..
insyaallah
banyak kali gue layan citer ni..
hehehe
@ mie
banyak kali...
fuhhh
tak boring lur...
best...
Bro, memang best cerita ini, walau baru tengok sekali, teringat juga sewaktu diorang denga lipas tu...
@ iaryylr
terpahat dihati tu...
huuhuhuh
Bestkan cerita CJ7..
Suka gila CJ7..
comey sangat..
Pling sdih part dia kne buang, kne rendam dlm air and part dia dah mati tu..
Tp, slmt happy ending..
*mngis2, mse part sdey tu.. hadoi.. sdeh2..*
http://cerytara.blogspot.com/
@ Clara
setuju dgn cik clara...
mujur happy ending kan...
ehhehheheh
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
woooooo aku baru ajer beli hantu mak limah balik umah punya DVD haram... cetak rompak punya... nak tengok malam ni... malas nak keluar lahhh
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uihhhhhh bila lahhhh nak cuti panjang lagi niii.... boring bila naik kerja belum datang mood nak kerja tau
@ Afzainizam
mak limah dah kuar ek cetak rompak...
boleh beli ni...
biasa la keje time xde mood nk wat camne...
nnti dapot cuti panjag...
enjoy sakan la...
Catat Ulasan