Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Ahad, 23 Oktober 2011

Petanda Jatuh Cinta

Kisah jenakanya sering membuat anda tertawa 
Biarpun anda sudah mendengar jenaka yang disampaikan si dia untuk kali ke-1,000 sekalipun anda masih ketawa. Hilai tawa juga membantu anda dan pasangan mengelak dari tekanan dan menjadikan hubungan mesra.

Anda rela mengubah kebiasaan yang sulit ditinggalkan 
Anda mungkin sering melihat orang yang tiba-tiba berhenti merokok sejurus berkahwin dan itu mungkin berdasarkan permintaan pasangannya. Menurut penelitian, perhubungan atau ikatan perkahwinan yang terjalin antara dua pihak sebenarnya mampu mengubah tabiat buruk atau kekurangan seseorang itu. Sokongan yang diberi pasangan juga menguatkan lagi semangat. 

Bersama dia hidup anda jadi lebih seimbang 
Jika dulu anda lebih suka menghabiskan masa di pejabat, tapi selepas bersamanya anda mula melakukan pelbagai aktiviti luar seperti bersenam atau beriadah. Anda jadi lebih seronok untuk melakukan pelbagai aktiviti terutama jika dia turut serta.

Anda dan dia saling melengkapi ucapan 
Setiap bicara yang diungkap pasti disambut dengan kata-kata yang sedang bermain di kotak pemikiran anda. Kajian psikologi menunjukkan pasangan yang serasi lazimnya memiliki banyak persamaan dan tanpa menyedarinya kadang kala cara percakapan dan pemikiran mereka sebenarnya sama. 

sumber : Berita Harian

Khamis, 5 Mei 2011

Blind Date Untuk Yang Bujang Sahaja


1. Dapatkan maklumat selengkapnya tentang calon pasangan. Misalnya kalau anda tahu dia suka makan ayam goreng,maka bolehlah anda mengajaknya singgah ke restoran segera yang menyediakan hidangan kegemarannya. Tidaklah nanti dia termangu-mangu bila dipelawa makan nasi kandar sedangkan dia tidak menyukainya.

2. Tanyakan pada siapa yang memperkenalkan Blind Date anda itu tentang orang yang diperkenalkannya. Jika dia tidak boleh menjawab dalam masa satu minit, batalkan sahaja. Orang yang kenal pun susah nak dibaca isi hatinya, apa lagi orang yang sangat TIDAK dikenali!

3. Cubalah dulu menghubung bakal pasangan anda melalui telefon. Dengan ini anda boleh mengenali suaranya hinggakan tirai misteri mulai tersingkap sedikit demi sedikit.

4. Bawa teman kalau gugup. Tak apa kalau anda tidak kelihatan yakin diri buat seketika. Yang penting, percakapan mesti lancar dengan adanya teman anda itu.

5. Jangan beri kesan negatif. Misalnya, belum apa-apa sudah bertegang leher tentang sesuatu topik. Keadaan ini petandanya tidak baik pada hubungan seterusnya.

6. Pakailah pakaian yang selesa. Tidak perlu formal, sebaiknya pilihlah yang santai.

7. Agar pertemuan berjalan lancar, pilihlah waktu siang untuk bertemu. Anda tidak akan terburu-buru tetapi jangan berlama-lama kerana masing-masing perlu ke pejabat. Atau lebih baik pilih hari cuti.

8. Bersikap manis kerana perasaan setiap orang itu sukar diukur. Biar pun ternyata anda tidak menyukainya, teruskan bermanis muka.



sumber : jodoh4u.com

Sabtu, 9 April 2011

Cinta Jarak Jauh aka Cinta Beribu-ribu Kilometer...




10 perkara yang harus difikirkan sebelum menjalinkan hubungan jarak jauh:


1. Jangan terburu-buru

Memang wajar untuk menangguhkan ungkapan cinta pada si dia kerana masalah logistik dirinya memungkinkan anda sekadar membuang masa saja dalam soal perhubungan.

2. Mula sebagai kawan

Janganlah hanya sekali bertemu sudah menjanjikan cinta menggunung tinggi. Setidaknya mulakan ikatan sebagai seorang teman sebelum membuat keputusan lebih besar dengan bercinta.





3. Kerap bertemu

Harus untuk anda sering bertemu dengan si dia kerana dengan cara sedemikian barulah anda dapat mengenali ‘warna sebenar’ dirinya. Manalah tahu, selepas tiga kali bertemu akhirnya anda tidak pula rasa tertarik dengan sikapnya!

4. Uji kesabarannya

Sesekali wajar juga untuk menguji kesabaran pasangan yang baru dikenali. Lebih-lebih lagi dalam hubungan jarak jauh, memang perlu memberikan sedikit ujian dengan harapan mengetahui sejauh mana dia mampu berdepan dengan risiko hubungan sebegini.





5. Bertanyakan soal komitmennya 

Tidak salah memulakan langkah ke arah komitmen. Lihat reaksinya, adakah dia juga bersedia ke arah itu. Namun, anda usah pula terburu-buru menyahut cintanya kerana masih perlu mengenali lebih lanjut.

6. Lihat tingkah-laku

Apabila sudah saling mengenali dalam tempoh beberapa ketika, anda boleh mengenali dirinya yang sebenar. Selidiki personalitinya sama ada benar-benar ‘sekepala’ dan bukan dari jenis yang mengongkong. 

7. Tidak kedekut

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, paling penting janganlah memiliki pasangan yang kedekut soal perbelanjaan. Seperti jika berhubung, janganlah asyik kita saja yang menelefon, si dia juga perlulah bertolak ansur.





8. Pandangan orang sekeliling

Jangan ambil risiko bersendirian, sebaiknya dapatkan pandangan rakan baik dan anggota keluarga mengenai hasrat untuk lebih serius dalam menjalinkan hubungan jarak jauh. Tidak mahu menyesal kemudian hari.

9. Biar berbaloi

Biar berfikir lanjut. Pastikan biar hubungan itu benar-benar berbaloi untuk diteruskan jika ingin menjalinkan hubungan secara serius termasuk soal masa depan untuk hidup bersama.

10. Berdepan risiko 

Apabila menjalinkan hubungan jarak jauh, secara logiknya anda harus akur dengan risiko kegagalan dalam perhubungan. Andai sanggup mengharungi suka duka hubungan serta kemungkinan kegagalan dalam percintaan rasanya bolehlah anda menyahut cinta si dia! 




sumber : berita harian