Jumaat, 30 Ogos 2013

Makanan Yang Membakar Lemak


Putih telur



Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi

Bawang putih/merah


Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang

Tomato



Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet

Lada


Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak

Anggur



Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang

Lobak merah



Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak

Timun


Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik

10 Senarai Makanan Bervitamin


i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C dan serat juga zat besi.




ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.



iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi



iv) Nenas - vitamin A, B, dan C



v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A





vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1



vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2


 



viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D





ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E




x) Kubis dan salad - penyumbang kepada Vitamin K

Bila Jodoh Nak Menyapa



Farmasi Allah S.W.T