Jumaat, 29 April 2011

Contest Semua Tentang 4



1) 4 PERKARA DESCRIBE ABOUT MYSELF
  • makan banyak tapi tak gemuk-gemuk...
  • peramah
  • suka gelak 
  • suka pendam masalah

2) 4 NAMA MANJA KAMU
  • mat duan
  • duan
  • iwan
  • wan

3) 4 PERKARA BAIK KAMU BUAT HARI INI
  • muhasabah diri
  • potong kuku
  • kemas bilik
  • cuci bilik air

4) 4 TEMPAT YANG NAK SANGAT PERGI
  • Makkah ( tunai rukun islam ke-5 )
  • Jepun ( tengok bunga sakura secara live )
  • Australia ( tengok kanggaru )
  • Perancis ( cuci mata tengok menara Eiffel )

5) 4 BENDA WAJIB BAWA KELUAR
  • sweater
  • earfon
  • telefon bimbit
  • dompet ( yang ni memang wajib )

6) 4 PERKARA TERAKHIR KAMU BUAT SEBELUM JOIN KONTEST INI

7) 4 ORANG PALING KAMU SAYANG DI DUNIA
  • ibu bapa
  • keluarga dan sanak saudara
  • kawan-kawan
  • bakal isteri dan anak-anak.

8) 4 JENIS RAGAM MANUSIA KAMU JUMPA HARI INI
  • lepas makan terus tidur
  • tak cuci pinggan mangkuk dan gelas lepas makan
  • orang yang suka mengarah tak tentu pasal
  • melenting apabila disoal

9) 4 MISI YANG KAMU PERLU CAPAI TAHUN INI
  • beli kamera tak kisah la digital atau dslr ( duit lebih boleh beli la )
  • kumpul duit banyak-banyak sebagai bekalan untuk posting nanti.
  • tambah berat badan menjadi ideal....uhhuuhuhuh
  • perbaiki diri menjadi orang yang lebih matang dan bertimbang rasa.

10) 4 HABIT BURUK KAMU
  • tido banyak
  • makan ais
  • buat kerja saat-saat terakhir
  • bawa motosikal laju-laju sambil dengar lagu

11) 4 PERKARA YANG KAMU FOBIA
  • lemas
  • bersesak-sesak dengan orang ramai boleh bikin pening kepala
  • stress
  • ragam manusia yang menyusahkan orang..

12) 4 SEBAB JOIN CONTEST INI
  • kene tag oleh Ayie Fikri
  • dah lama tak join contest
  • isi masa terluang
  • satu cara untuk memerah otak..hehehhhe

 Tag kepada :
syarat-syarat contest semua tentang 4 oleh Cik fiqa....

sekian...

Isnin, 25 April 2011

3 Reasons Why We Shouldn't Cheat on Exams by Aiman Azlan



nota : mujur dah xde exam....tapi tertarik la dia punya vlog ade mesej dan dakwah yang        disampaikan..terjumpa kat facebook...ada kawan2 duk share pasal ni.. sesape nk tgk vlog Aiman Azlan...boleh la ke  fan page dia kat fb. sila klik FAN PAGE AIMAN AZLAN dan layari la youtube untuk tengok vlog yang lain2 lagi...

Ahad, 24 April 2011

Tips membeli kediaman

  • Saiz dan harga harta.
  • Jangkaan nilai masa depan.
  • Jenis dan kondisi tanah kawasan.
  • Tahap pembinaan di kawasan itu.
  • Kemudahan utiliti seperti air, elektrik, telefon dan lain-lain yang perlu.
  • Keadaan akses jalan.
  • Pusat beli-belah atau kedai yang berdekatan.
  • Keadaan keselamatan di sekitar kawasan kejiranan itu.
  • Sekolah, taman permainan, kemudahan perubatan, makanan dan sebagainya.
  • Lawat kawasan tersebut semasa waktu hujan yang teruk untuk memastikan ia bebas daripada bencana banjir.
  • Kos insurans bagi kawasan itu.
  • Memastikan kawasan itu dekat dengan tempat kerja anda, isteri atau pengasuh kanak-kanak.
  • Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan itu.
  • Jika ia kawasan perumahan yang sudah matang, cuba bercakap dengan jiran-jiran untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawasan itu. Dari segi keselamatan, pencemaran dan sosial.
  • Pastikan anda bersedia pada harga yang ditawarkan. Amnya, harga akan berubah dari satu fasa ke fasa berikut. Bersedia dengan kos tambahan untuk rumah seperti mengubah suai, memasang pagar, lampu, kipas dan lain-lain.
  • Jika anda peka terhadap alam sekitar, pastikan pembangunan masa depan yang dirancang.
sumber : kosmo

Selasa, 19 April 2011

Imam Muda Musim Ke-2

Para peserta Imam Muda musim kedua yang bakal bersaing merebut gelaran Imam Muda Unggul.

IMAM MUDA, program realiti terbitan Astro Oasis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang berjaya menarik perhatian dunia, sekali gus memecah tradisi program-program berkonsep keislaman yang selama ini dipandang sebelah mata atau dikategorikan sebagai program kelas kedua.

Namun siapa sangka gelombang baru yang dicetuskan menerusi Imam Muda tidak sahaja mengubah pandangan skeptikal khususnya, penonton di Malaysia terhadap program Islamik tempatan.

Bahkan, tempias kejayaannya turut membuka mata masyarakat Islam luar negara akan potensi dunia penyiaran dalam medium dakwah, apatah lagi yang menjurus kepada golongan muda.

Menamatkan program Imam Muda musim pertama secara bergaya pada Julai tahun lalu dengan menobatkan Imam Muda Muhammad Asyraf Mohamad Ridzuan sebagai juara pertama, secara tidak langsung menjadi testimoni dalam usaha penerbitan lebih banyak program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata tetapi dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial.

Asyraf  Juara Musim Pertama
Malah, ia sekali gus akan memartabatkan status imam serta memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul dan menjadi pemangkin kepada kelahiran imam muda yang versatil dan relevan kepada komuniti.

Lantaran itu, bermula awal tahun 2011 selama dua bulan krew produksi Imam Mudamenjelajah ke enam lokasi iaitu ke Johor Bahru, Kota Bharu, Alor Setar, Kuantan, Kota Kinabalu dan berakhir di Kuala Lumpur.

Ia dalam usaha mencari 10 lagi calon Imam Muda bagi musim keduanya. Uniknya, pencarian kali ini, terbuka kepada peserta luar negara.
Malam tadi, bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam diumumkan 10 peserta yang berjaya menginjakkan kaki ke akademi yang penuh prestij ini.

Sabtu lalu kumpulan pemuda yang mempunyai latar belakang dan kerjaya berbeza ini diserahkan kepada Mudir Imam Muda musim kedua, iaitu bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud al-Hafiz dalam majlis penyerahan secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Biarpun ia serba ringkas namun sarat dengan pelbagai mainan perasaan terutamanya pada saat penyerahan ahli keluarga dan tidak ketinggalan isteri untuk melepaskan insan tersayang, waima dalam tempoh tiga bulan.
Namun, hanya iringan air mata kegembiraan dan restu serta keredaan mereka menjadi pemangkin semangat kepada 10 peserta Imam Muda ini, demi mengejar impian dan cita-cita bergelar Imam Muda unggul.

Bunyinya gah bukan! Imam Muda Unggul. Pun begitu, 10 peserta yang terpilih ini, dua adalah dari negara jiran iaitu Singapura dan Brunei. Mereka akan dihimpunkan di bawah satu bumbung, mengharungi segala suka duka bersama serta berjuang secara sihat, bukan atas tiket peribadi tetapi memartabatkan agama Islam yang syumul.

sumber : utusan malaysia

Ahad, 17 April 2011

10 Petua Menjadi Suami Mithali


1. Isteri adalah manusia 
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri 
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri 
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari. 


4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri 
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia. 


5. Ingat tarikh penting 
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini". 


6. Penuhi hajat isteri 
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri? 


7. Bantu ringankan tugas isteri 
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum. 


8. Isteri bukan pembantu rumah 
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini. 


9. Bawa isteri berehat 
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu. 


10. Ciuman khas untuk isteri 
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri. 


Dipetik daripada Ensaiklopedia Petua Melayu Lama 


sumber : berita harian

Sabtu, 9 April 2011

Cinta Jarak Jauh aka Cinta Beribu-ribu Kilometer...




10 perkara yang harus difikirkan sebelum menjalinkan hubungan jarak jauh:


1. Jangan terburu-buru

Memang wajar untuk menangguhkan ungkapan cinta pada si dia kerana masalah logistik dirinya memungkinkan anda sekadar membuang masa saja dalam soal perhubungan.

2. Mula sebagai kawan

Janganlah hanya sekali bertemu sudah menjanjikan cinta menggunung tinggi. Setidaknya mulakan ikatan sebagai seorang teman sebelum membuat keputusan lebih besar dengan bercinta.





3. Kerap bertemu

Harus untuk anda sering bertemu dengan si dia kerana dengan cara sedemikian barulah anda dapat mengenali ‘warna sebenar’ dirinya. Manalah tahu, selepas tiga kali bertemu akhirnya anda tidak pula rasa tertarik dengan sikapnya!

4. Uji kesabarannya

Sesekali wajar juga untuk menguji kesabaran pasangan yang baru dikenali. Lebih-lebih lagi dalam hubungan jarak jauh, memang perlu memberikan sedikit ujian dengan harapan mengetahui sejauh mana dia mampu berdepan dengan risiko hubungan sebegini.





5. Bertanyakan soal komitmennya 

Tidak salah memulakan langkah ke arah komitmen. Lihat reaksinya, adakah dia juga bersedia ke arah itu. Namun, anda usah pula terburu-buru menyahut cintanya kerana masih perlu mengenali lebih lanjut.

6. Lihat tingkah-laku

Apabila sudah saling mengenali dalam tempoh beberapa ketika, anda boleh mengenali dirinya yang sebenar. Selidiki personalitinya sama ada benar-benar ‘sekepala’ dan bukan dari jenis yang mengongkong. 

7. Tidak kedekut

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, paling penting janganlah memiliki pasangan yang kedekut soal perbelanjaan. Seperti jika berhubung, janganlah asyik kita saja yang menelefon, si dia juga perlulah bertolak ansur.





8. Pandangan orang sekeliling

Jangan ambil risiko bersendirian, sebaiknya dapatkan pandangan rakan baik dan anggota keluarga mengenai hasrat untuk lebih serius dalam menjalinkan hubungan jarak jauh. Tidak mahu menyesal kemudian hari.

9. Biar berbaloi

Biar berfikir lanjut. Pastikan biar hubungan itu benar-benar berbaloi untuk diteruskan jika ingin menjalinkan hubungan secara serius termasuk soal masa depan untuk hidup bersama.

10. Berdepan risiko 

Apabila menjalinkan hubungan jarak jauh, secara logiknya anda harus akur dengan risiko kegagalan dalam perhubungan. Andai sanggup mengharungi suka duka hubungan serta kemungkinan kegagalan dalam percintaan rasanya bolehlah anda menyahut cinta si dia! 




sumber : berita harian

Ahad, 3 April 2011

Panduan persediaan menuju alam pekerjaan




1) Kenali potensi diri dengan mengenal pasti apa kelemahan dan apa kekuatan anda. 

2) Sediakan diri anda secukupnya dan ketahui temu duga anda menerusi pendekatan yang berbeza dari sudut biografi, bakat, sikap dan situasi kerja. 

3) Ketahui dan buat sedikit ulangkaji status temu duga itu dijalankan. 

4) Ingatkan pengalaman adalah guru yang terbaik dan majikan lebih mengutamakan mereka yang berpengalaman. 





Persiapan sebelum temu duga 




  • Buat kajian mengenai syarikat, perniagaan dan pekerjaan yang dipohon selain mengetahui serba sedikit mengenai perkembangan semasa dalam industri perniagaan. 





  • Berlatih untuk menjawab dengan jawapan yang sesuai. 





  • Semak kembali ‘resume’ anda. 





  • Buat pengesahan tempat, masa dan tarikh temu duga. 





  • Penampilan diri yang sesuai. 





  • Yakin dengan diri anda. 





  • Berkomunikasi dengan baik. 





  • Berdikari dan boleh dipercayai. 





  • Tepati masa. 





  • Belajar mengutamakan perkara yang penting. 





  • Menunjukkan inisiatif yang tinggi. 





  • Bersemangat dalam melaksanakan tugas. 





  • Pemikiran kreatif dan kritis. 





  • Terbuka menerima kritikan. 





  • Ubah Perasaan ‘Panik’ untuk temu duga kepada ‘Seronok’ untuk datang ke temu duga mulai sekarang.






  • sumber : berita harian