Isnin, 21 Februari 2011

4 Mac keputusan permohonan bukan Islam jadi peguam syarie

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Mac ini untuk memutuskan sama ada peguam wanita bukan Islam boleh menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan.
Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini selepas menemui pihak-pihak terbabit dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Victoria Jayaseele Martin untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam sahaja dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Peguam Ranjit Singh yang mewakili Victoria memberitahu pemberita mereka telah menyerahkan penghujahan bertulis tetapi hakim memerintahkan kedua-dua pihak terlebih dahulu berhujah mengenai isu kelayakan untuk menjadi peguam syarie mengikut Seksyen 59(2)(a) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.
Katanya, hakim mahu penjelasan lanjut sama ada perkataan itu memberi maksud yang jelas berhubung isu untuk menjadi peguam syarie mestilah beragama Islam.
Menjelaskan perkara itu, peguam kanan persekutuan Arik Sanusi Yeop Johari yang mewakili Pejabat Peguam Negara yang juga responden dalam kes ini berkata, hakim memerintahkan mereka berhujah sama ada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengikut Seksyen 59(2) mempunyai kuasa membuat keputusan di bawah Perintah 10 Peraturan Peguam Syarie 1993, memberikan mandat bahawa hanya orang Islam boleh diterima sebagai peguam syarie. - Bernama
sumber : Kosmo Online

muslimah.jpg

Ahad, 13 Februari 2011

10 Perkara, Insiden Mengaibkan Lelaki



1) MENANGIS 

Ini adalah antara perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki. Lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang. Bagi kebanyakan lelaki, mereka akan berusaha untuk tidak menangis di hadapan khalayak lebih-lebih wanita. 


Apa yang perlu dilakukan? 
Tidak salah menangis dan sudah sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi. 


Mungkin dengan menangis, akan terpancar perasaan kasihan dan selain menunjukkan sisi berbeza diri anda sebagai seorang yang sensitif. Wanita cukup terusik andai lelaki menunjukkan rasa belas dan sensitif selain sifat macho dan gentleman. Tidak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki. 

2) TERJATUH 

Semasa kecil, jika anda terjatuh, pasti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Apabila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai. 

Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan berdua-duaan dengan kekasih hati. 

Apa yang perlu dilakukan? 

Jika terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya atau lantai tidak rata. Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okay? 

3) TIDAK CUKUP DUIT 

Jika tidak cukup duit pada tengah bulan, mungkin biasa dan bukanlah satu perkara yang menghairankan. Tetapi sungguh memalukan andai selepas menjamu selera bersama kekasih dan ketika mahu membayar, anda tidak mempunyai wang yang cukup. 

Sudah tentu ketika itu dunia akan menjadi gelap seketika, tambahan pula sebelum keluar, anda beria-ia berjanji membelanjakan makan. 

Apa yang perlu dilakukan? 

Bersikap jujur dan beritahu pasangan anda situasi sebenar. Dalam perhubungan, tidak semestinya lelaki yang harus berbelanja setiap kali keluar bersama. Harus ada tolak ansur dan berjanji anda akan mengeluarkan belanja pada pertemuan berikutnya. 



4) KENDERAAN ROSAK DI TENGAH JALAN 

Anda dalam perjalanan bersama pasangan atau majikan dan tiba-tiba di tengah perjalanan, kenderaan yang dinaiki rosak. Teruk anda dikutuk kerana tidak memeriksa kenderaan dengan sebetulnya. 

Apa yang perlu dilakukan? 

Jangan cepat melenting kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Ambil pendekatan dengan menelefon trak tunda secepat mungkin dan katakan dengan jujur mengenai keadaan kenderaan anda. 

5) DIHINA 

Wanita yang anda sukai menghina anda dan menolak cinta anda. Begitu juga dengan majikan anda yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu anda akan malu dan ingin memarahi mereka semula. 

Apa yang perlu dilakukan? 

Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa anda dihina. 

Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina anda, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama anda. 

6) DIKALAHKAN 

Pantang bagi seorang lelaki dikalahkan dalam apa juga perkara terutama pihak yang menang itu adalah wanita. Sudah tentu perasaan anda ketika itu penuh dengan malu, tidak puas hati dan dendam. 

Apa yang perlu dilakukan? 

Sentiasa percaya kepada takdir dan tidak semestinya anda akan selalu berada di atas. Ada ketikanya anda akan berada di bawah dan jika anda tewas, ucapkan tahniah kepada lawan anda. Terima kekalahan dengan hati terbuka dan anggap ini semua cabaran dalam kehidupan. 



7) TERBONGKAR 

Lelaki juga penuh dengan rahsia yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain. Jika rahsia mengenai mereka terbongkar, sudah tentu ini akan memalukan mereka. Bayangkan jika tabiat anda semasa tidur bertemankan bantal busuk sedari kecil diketahui oleh rakan-rakan anda. Sudah tentu ia akan membuatkan anda malu seketika bukan. 

Apa yang perlu dilakukan? 

Terangkan secara psikologi kenapa anda tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuk anda. Tunjukkan anda mempunyai jawapan akademik yang akan mematahkan setiap tutur kata mereka. Katakan juga, anda sedang berusaha untuk mengubah cara hidup anda ini. 

8) LUPA HARI ISTIMEWA 

Lelaki tidak ramai yang mempunyai rutin hidup terancang lebih-lebih menyimpan rekod mengenai perkara penting seperti tarikh lesen memandu tamat, jauh sekali hari jadi atau hari istimewa yang sepatutnya diraikan. Akibatnya, lelaki sering terlepas hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwinan hingga ia kadang kala melukakan hati si dia atau isteri. 

Apa yang perlu dilakukan? 

Mulalah menyusun kembali rutin hidup. Dalam kecanggihan dunia teknologi sekarang, banyak gajet yang boleh dimiliki lelaki untuk menyimpan rekod secara sistematik di mana ia boleh mengingatkan kita apabila tiba detiknya. 

9) PENDEK 

Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna, anda tetap akan dijauhi, okay? 

Apa yang perlu dilakukan? 

Tonjolkan identiti anda yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin anda tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi anda ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Anda mungkin pilihan mereka! 

10) JERAWAT 

Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ‘saham’ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi. 

Apa yang perlu dilakukan? 

Amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan pelbagai produk perawatan wajah yang boleh dibeli di pasaran. Andai anda memiliki kulit sensitif, kenal pasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa. 


Jumaat, 11 Februari 2011

5 Kegunaan Menyimpan Janggut



1. Janggut secara semulajadi mengawal kandungan minyak di wajah.


2. Jika tumbuh 1 helai janggut, maka disekelilingnya akan tumbuh janggut yang lebih halus.

3. Dalam 1 helai janggut, menyerap lebih dari satu unsur yang boleh menyebabkan wajah terlihat kusam.

4. Jika janggut tersebut dicukur, maka perlu waktu yang lama untuk menumbuhkannya secara sendiri.

5. Hal terakhir yang masih diteliti dan belum diputuskan, sifat dan perangai orang yang memiliki janggut akan lebih bijaksana dan cerdik di dalam membuat keputusan. 



Sabda Rasulullah SAW dalam hal ini :


”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” 

(HR. Muslim)


sumber : carigold.com

Jumaat, 4 Februari 2011

Cerita CJ7 sempena Tahun Baru Cina 2011 di TV3


Ulasan Cerita

Ceritanya berkisar seorang ayah yang bekerja sebagai buruh kasar bersama anaknya. Ibarat kais pagi makan pagi, si bapa bersusah payah membesarkan anaknya agar menjadi orang yang berguna apabila besar nanti. Itu saja. Tapi lebih dalam daripada itu, CJ7 mengupas bagaimana kesusahan si ayah mencari rezeki, terpaksa menebalkan muka dengan majikannya untuk membeli kipas angin, mengutip barang terbuang dari tempat buangan sampah dan hidup daif di sebuah rumah yang belum siap.

Bukan Sekadar Makhluk Asing

Namun, satu hari, kehadiran sejenis haiwan dari angkasa lepas, mirip anjing mengubah kehidupan dua beranak itu. Awalnya, haiwan itu disangka si anak mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengubah sikapnya dari seorang yamg malas belajar kepada cemerlang dalam ujian. CJ7 tidak punyai kelebihan itu sebagaimana haiwan animasi lain contohnya Doraemon. Sebaliknya kasih sayang ditunjukkan oleh haiwan itu merubah persepsi si anak untuk terus gembira, ceria dan berkerja keras dalam mencapai apa yang dihajati.


Walaupun begitu, pujian wajar diberikan kepada pelakon kanak-kanak Xu Jiao yang berjaya mencuit hati penonton dengan gelagat bersahajanya. Satu rahsia yang harus diketahui, kanak-kanak ini sebenarnya seorang budak perempuan dan bukanlah lelaki seperti di dalam filem CJ7! Meskipun tidak banyak gerak kung fu dipamerkan dalam filem ini, namun begitu Stephen Chow masih menerapkannya pada beberapa bahagian contohnya pada pergerakan anjing CJ7. Begitu juga dengan babak mimpi si anak yang begitu taksub dengan kasut dan cermin mata ajaib yang diberikan CJ7. Biarpun tampak ringkas, ia terselit seni pergerakan kung fu yang sudah menjadi identiti Stephen sejak dulu lagi.


Rentasi Dunia Bersama Jumper

sumber : murai.com.my

nota : semalam, buka tv.tukar chanel banyak kali la. sekejap tengok cerita tu...sekejap tengok cerita yang lain pulak...last-last tengok cerita CJ7, alamak dah separuh jalan cerita tu...rugi tak tengok dari awal la. Bagi aku, jalan cerita CJ7 ringan je tapi cerita tu penuh dengan pengajaran. Cerita ni ada komedi gak dan juga sains fiksyen. Tapi ada part yang menyedihkan bila si ayah yang kemalangan di tempat kerja tu meninggal dunia. Tapi yang aku tak sangka la.budak laki dalam cerita tu sebenarnya budak perempuan.Memang tak disangkakan dan mengejutkan aku. 

Khamis, 3 Februari 2011

10 Tempat Pelik Di Dunia

1. Aurora Borealis  (North Pole)





2. Spain Rio Tinto

3. McMurdo Dry Valleys (Antarctica)

4. The Richat Structure, near Ouadane, Mauritania

5. Rotorua, New Zealand

6. Fly Geyser, Reno

7. Spotted Lake, Osoyoos, British Columbia

8. The Bermuda Triangle

9. Kauai, Hawaii


10. Mount Roraima (Venezuela, Brazil and Guyana)

sumber :carigold.com

Rabu, 2 Februari 2011

AirAsia sedia pesawat bawa pulang rakyat Malaysia dari Jeddah




SEPANG: Syarikat penerbangan AirAsia akan menyediakan pesawat A340 dan A330 bagi membawa pulang warga Malaysia ke tanah air dari Jeddah, Arab Saudi.  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun, berkata setiap pesawat boleh memuatkan kira-kira 300 penumpang pada satu-satu masa. "Syarikat penerbangan itu juga telah menyediakan pesawat A320 dengan kapasiti 180 penumpang sebagai 'shuttle' dari Kaherah ke Jeddah," katanya. 

Demonstran berkumpul di depan musium di Kairo (28/01)

Kamaruddin berkata, pesawat A320 akan berulang alik selama empat kali sehari bagi memindahkan warga Malaysia ke Jeddah, tempat transit sementara sebelum warga Malaysia dibawa pulang ke tanah air. Kamaruddin bercakap kepada media sebelum berlepas ke Mesir dengan menaiki pesawat A320 itu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail; dan Ketua Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Terdapat lebih 11,000 warga Malaysia di Mesir yang rata-ratanya adalah penuntut kini dilaporkan terperangkap berikutan pergolakan yang sedang berlaku di negara itu. 

Polisi anti huru hara terlibat bentrokan dengan para demonstran di Kairo.


Selain AirAsia, tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah pun berlepas ke Mesir hari ini dan sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747 yang boleh membawa 285 penumpang pula akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok. Wisma Putra sebelum ini memberi jaminan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah.

Demonstrasi Sabtu (29/01)