Isnin, 31 Januari 2011

Penuntut Malaysia di Mesir dinasihat berkumpul


PUTRAJAYA 31 Jan. – Semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir pada masa ini dinasihat agar berkumpul sesama mereka dan saling menjaga keselamatan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun kerajaan, melalui Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di sana sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan mereka, mereka juga perlu mengambil tanggungjawab memandangkan keadaan bertambah serius.

"Pegawai kita pergi kesemua rumah-rumah negeri untuk memastikan bahawa semua penuntut selamat, dan memberi nasihat dalam soal menjaga bekalan makanan, elakkan tempat-tempat tumpuan ramai dan tidak terbabit dalam demonstrasi dan sebagainya.

"Paling utama ialah penuntut berkenaan mesti bertanggungjawab mengenai keselamatan diri mereka kerana kita tidak dapat harap kedutaan atau MSD (Jabatan Penuntut Malaysia) berada di sana sepanjang masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata kerajaan juga sedang meneliti pelbagai pendekatan bagi memastikan keselamatan kira-kira 11,000 rakyat Malaysia yang berada di negara itu, termasuk untuk memindahkan mereka ke negara terdekat seperti Jordan atau Syria sekiranya keadaan memerlukan. 


sumber : Utusan Online

nota : kawan 1 tempat praktikal dengan aku bercerita pasal adik kawan dia yang duk belajar kat Mesir terpaksa berkurung dalam rumah je.Betapa gentingnya keadaan di Mesir. kawan aku bercerita tak habis la. sebab waktu tu aku dah nak balik kerja dah...so...aku cakap la sambung esok la. Aku harap pergolakan di Mesir tidak berlajutan dan perkara tidak diingini mintak dijauhkan...insyaallah...sama-samalah kita mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir dan juga rakyat Mesir sendiri...amin...

Jumaat, 28 Januari 2011

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan

  

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17 
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23 
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.



9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19 
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26 
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


sumber : forum jobmarket

Khamis, 27 Januari 2011

Kuiz Personaliti Diri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.... (salam 1malaysia)

duk tengah search google pasal psikologi terjumpa la kuiz ni...menarik gak...jom sama-sama try kuiz ni atau anda nak main kuiz personaliti dengan rakan-rakan, sanak saudara, keluarga dan sebagainya... Kuiz personaliti selepas gambar kat bawah ni...



Ada 5 perkara berlaku serentak:

1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.


Soalan:
Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1-5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesaikan.


Amaran: anda dilarang menipu sambil melihat jawapan dibawah terlebih dahulu. ini tidak jujur sama sekali.

Sudah buat keputusan jika perkara tersebut berlaku pada anda?
apakah fakta terselindung disebalik jawapan dari tindakan yang anda lakukan jika ini benar-benar terjadi.

notaini hanya fakta yang tidak tahu kesahihannya, tapi tidak salah jika kita mencuba. mungkin kita dapat memahami cara atau tindak-tanduk seseorang dari psikologi ini dan tahu serba sedikit cara kita dan pasangan kita berfikir. Selamat mencuba!


Jawapan:


Apakah Ciri / Sifat / Perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?


• Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih: 

menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.


• Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: 

menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.


• Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis: 

menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.


• Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: 
menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.



• Kalau anda memilih untuk membuka pintu: 
menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Dalam Mihrab Cinta by Afgan



demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

reff:
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati
repeat reff [2x]
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga


suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga

Rabu, 26 Januari 2011

Mesir sekat penggunaan Twitter



SAN FRANCISCO: Twitter mengesahkan semalam bahawa penggunaan mesej dan laman komunikasi sosialnya sudah disekat pihak berkuasa Mesir yang dipercayai ada kaitan dengan demonstrasi jalanan besar-besar bagi memprotes pemerintahan Presiden Hosni Mubarak.


“Kami percaya dengan pengaliran dan penyebaran maklumat atau pandangan yang bebas ia akan membawa manfaat kepada masyarakat. "Ia juga akan membantu kerajaan menjalin hubungan lebih berkesan dengan rakyat," kata syarikat media sosial itu dalam satu kenyataan.


Twitter, menerusi perkhidmatan mesej internet dikatakan menjadi kaedah utama yang digunakan penunjuk perasaan di Mesir untuk menganjurkan demonstrasi antikerajaan, semalam. 




sumber : berita harian

nota : demontrasi jalanan besar-besaran di Mesir  menyebabkan kerajaan Mesir menyekat penggunaan twitter. Tindakan drastik kerajaan Mesir dalam menangani masalah ini. Kalau kat Malaysia, twitter disekat penggunaan alamak demontrasi lah rakyat malaysia bagi membantah tindakan ini. Lagipun, laman sosial Twitter merupakan laman sosial kedua di Malaysia selepas facebook.

Selasa, 25 Januari 2011

Bayi baru lahir ditemui mati ditikam

KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati ditikam, dipercayai oleh ibunya di sebuah rumah sewa di Batu 4, Kampung Jawa di sini, hari ini. Mayat bayi yang berlumuran darah akibat ditikam beberapa kali itu ditemui di atas pelapik plastik dalam bilik air rumah berkenaan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Zahedi Ayob, berkata wanita Myanmar yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dipercayai melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi tadi.
"Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan melahirkan anaknya bersendirian dan menyembunyikan diri dalam rumah sewanya. "Polis mendapat panggilan pada pukul 12.45 tengah hari daripada orang awam yang mengesyaki sesuatu berlaku di rumah suspek," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan lemah dalam rumah itu dan polis turut menemui sejenis objek tajam yang dipercayai diguna dalam kejadian itu. Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat, manakala wanita terbabit yang ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kes itu, juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan. 

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, berkata semalam beliau melihat wanita itu masih mengandung. "Semalam saya lihat perut besar, hari ini sudah kempis dan pagi tadi saya nampak bahagian belakang dia penuh dengan darah," katanya.

sumber : Berita Harian

Ahad, 23 Januari 2011

Facebook punca cerai


LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.

Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook. Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu. 

Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian. Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.



Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook. Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka. “Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya. 

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir.


sumber : Harian Metro

Sabtu, 22 Januari 2011

10 gajet terbaik untuk lelaki

1. Blackberry 

Telefon pintar Blackberry ini menjadi pilihan hampir semua jejaka. Selain kelebihannya boleh berinteraksi, ia juga boleh digunakan untuk melayari laman sosial. Kelebihan Blackberry yang sangat digemari adalah ia mempunyai perisian SMS yang ditawarkan secara percuma. 





2. I Phone 
Kelebihan telefon ini bagi jejaka adalah kelebihan sistem dalam permainan video. Ramai yang memilihnya kerana I-Phone mempunyai perisian terkini selain aplikasi yang menyenangkan. Bentuknya yang kecil membolehkan pemakainya senang membawa ke mana saja. 


3. Samsung Galaxy Tab 
Salah satu gajet terkini yang baru dipasarkan. Tergolong dalam kategori ‘Android’, Galaxy Tab adalah gabungan antara telefon pintar dan ‘Notebook’. Bentuknya yang kecil sedikit dari I-Pad membolehkan pengguna melayari internet dan berkomunikasi dengan mudah. 


4. PS 3 
Sebut apa saja permainan, pasti menyeronokkan dengan permainan terbaru Playstation 3 (PS 3). Ia menjadi pilihan utama dalam permainan video dan antara permainan yang digemari sudah pasti FIFA 11. Kelebihannya adalah ‘joystick’ PS 3 menggunakan sistem ‘wireless’ yang sangat menyenangkan.

5. PSP 
Bagi mereka yang selalu sibuk dengan kerjaya atau pelajaran, ini adalah gajet yang terbaik untuk dimiliki. Bentuknya yang kecil dan boleh dibawa ke mana saja dapat menenangkan tekanan melalui permainan video. 


6. Kamera DSLR 
Sudah menjadi satu ikutan kini setiap jejaka akan mahu memiliki kamera DSLR tidak kira jenama apa sekalipun. Semua orang boleh menjadi jurugambar profesional jika tahu cara penggunaan kamera ini. Pasti banyak gambar menarik dapat dirakam sebagai kenangan. 


7. I-pod 
Bosan tiada apa aktiviti yang hendak dilakukan, dengar saja muzik dari I-pod. Mempunyai pelbagai saiz memori membolehkan kita menyimpan beratus-ratus muzik. Tidak kira jenis lagu, asalkan sedap didengar ia boleh disimpan di dalam I-pod. 





8. Macbook 

Macbook adalah komputer bimbit yang popular di kalangan jejaka yang kreatif. Segala aktiviti boleh dilakukan dari segi kerja hingga hiburan. Saiznya yang nipis senang dibawa dan dimasukkan ke dalam beg, tidak membebankan. 



9. Guitar Hero 

Tidak perlu lagi ‘jamming’ bersama rakan-rakan di luar. Jika tiada kemahiran pun boleh menjadi pemain gitar handalan hanya dengan bermain ‘Guitar Hero’. Pilih saja lagu apa pasti dapat dimainkan. Jejaka yang meminati muzik akan menjadikan ini antara koleksi gajet pilihan. 



10. Ipad 

Ipad semakin menjadi pilihan walaupun harganya agak tinggi dari gajet yang lain. Tapi jika sudah mempunyai keinginan, harga tidak menjadi penghalang. Perisian yang ada dalam Ipad adalah yang terbaik untuk dimiliki. 


sumber : berita harian

nota : dalam banyak-banyak tu, yang paling aku suka yang no 6 kamera DSLR...harap-harap tercapai...amin.

Jumaat, 21 Januari 2011

Jepun tawar biasiswa kursus pengajian jepun, latihan guru


Tokyo Metropolis, Japan
The University of Tokyo, Tokyo Metropolis, Japan
KUALA LUMPUR, 21 Jan. - Rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran dalam pengajian Jepun dan latihan perguruan di negara itu dipelawa memohon biasiswa Kerajaan Jepun, yang dibuka sekarang sehingga 1 Mac.
Menurut Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan di sini, biasiswa kerajaan Jepun atau Monbukagakusho (MEXT) bagi kursus bukan ijazah selama setahun dalam pengajian Jepun ditawarkan kepada siswazah tahun kedua dan ketiga di universiti tempatan, dengan pengkhususan utama dalam bahasa Jepun atau budaya Jepun.
Pemohon mestilah berusia antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2011 dan fasih dalam bahasa Jepun.
Mereka yang layak akan diberikan elaun 125,000 Yen (kira-kira RM4,600) dan tiket penerbangan pergi dan balik, serta pengecualian pembayaran yuran kemasukan peperiksaan, matrikulasi dan yuran pengajian bagi kursus selama setahun yang akan bermula Oktober ini.
Mereka yang berminat boleh melayari http://www.my.emb-japan.go.jp//English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm atau menghubungi 03-21772600 sambungan 157 atau 146 untuk maklumat lanjut.
Permohonan mesti dikemukakan di kedutaan sebelum 4 petang 1 Mac, menurut kenyataan itu. 
sumber : Kosmo Online
Japan Cherry Blossom
Traveling Point

Padang pasir dilitupi salji

PENDUDUK mengambil kesempatan bermain salji  di Tabuk, utara     Arab Saudi.
PENDUDUK mengambil kesempatan bermain salji di Tabuk, utara Arab Saudi.
Amaran berjaga-jaga di Tabuk 

RIYADH: Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Tabuk, utara Arab Saudi berikutan salji turun sejak Isnin lalu di wilayah itu.

Pengarah jabatan itu di Tabuk, Sulaiman Al-Huwaiti, berkata rondaan keselamatan sudah dikerahkan di wilayah utara itu untuk memeriksa ketebalan salji. Beliau menggesa pemandu kenderaan mematuhi had kelajuan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Bulan Sabit Merah Arab Saudi juga sudah mengerahkan pasukannya ke kawasan bukit Allouz dan Alqan di wilayah itu yang jarang sekali ditimpa salji tebal. 

Tabuk mempunyai iklim padang pasir dengan musim panas yang bersuhu tinggi (27-46 celsius) dan musim sejuk yang bersuhu sederhana (4-18 celsius). Salji bukanlah asing di wilayah itu yang menyaksikannya turun setiap tiga atau empat tahun. Ketua Alam Sekitar dan Meteorologi berkata, suhu minimum di Tabuk diramal di bawah 0 darjah celsius. 

Sementara itu, di Riyadh, Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengumumkan penutupan sekolah di ibu kota itu kelmarin berikutan hujan lebat sejak Selasa. Penduduk terus terkurung di dalam rumah masing-masing di ibu negara Riyadh, terutama di wilayah Timur, Tabuk, Assir dan Baha. 

Keadaan cuaca turut menjejaskan bekalan elektrik di beberapa kawasan. Syarikat elektrik terpaksa menutup bekalan kuasa untuk mengelakkan kemalangan maut.  Pengarah kawalan di Jabatan Lalu lintas Riyadh, Mejar Hassan Al Hassan, berkata jabatan terbabit mencatatkan sejumlah 402 laporan kemalangan berikutan hujan lebat dan keadaan jarak pandangan yang rendah. Bagaimanapun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. 

Al Hassan berkata, bilik operasi jabatan terbabit menerima sejumlah 1,373 laporan meminta bantuan lalu lintas dan 613 panggilan untuk perkhidmatan umum.  Beliau berkata, pengawal lalu lintas mendapati banjir di 60 lokasi sambil menambah bahawa pihak berkuasa perbandaran dimaklumkan untuk mengepam air keluar.

sumber : Berita harian

Beduoin Tents in the Snow

Snow Storm in Tabuk

Snow Storm in Tabuk
picture from aramcoexpats.com/

Bunuh datuk: Tempoh reman 4 remaja dilanjut


SEREMBAN 20 Jan. - Mahkamah Majistret Seremban hari ini membenarkan polis untuk melanjutkan tahanan reman terhadap empat remaja termasuk seorang perempuan yang disiasat dalam kes samun dan bunuh seorang warga emas di Felda Palong Dua, Jempol dekat sini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Mohd. Sabri Muhammad memberitahu, tempoh tahanan reman terhadap keempat-empat suspek yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan selama tujuh hari sehingga Khamis depan bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan.

"Polis telah memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman sehingga Khamis depan kerana kita perlu lebih masa untuk menyoalsiasat suspek.

"Ketika ini tiada perkembangan terbaru mengenai kes itu dan pendakwaan terhadap suspek akan dilakukan sebaik sahaja siasatan selesai," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 14 Januari lalu itu, seorang warga emas, Mohtar Yusof, 71, meninggal dunia selepas ditikam dengan pisau dalam satu kejadian samun oleh sekumpulan remaja termasuk cucunya sendiri.

Kejadian tragis itu berlaku apabila mangsa bersama isterinya, Halimah Yasin, 57, dikatakan baru pulang daripada satu kenduri tahlil sebelum mendapati bilik tidur mereka sedang digeledah.

Mohtar yang bergelut dengan kumpulan penjenayah remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun itu akhirnya ditikam dengan pisau sebelum kesemua suspek lari bersama wang dan barang kemas bernilai RM10,000.

Polis yang bergegas ke lokasi kejadian menahan kesemua suspek di sekitar Jempol beberapa jam kemudian dan merampas beg yang mengandungi wang serta barang kemas tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

sumber : Utusan Online