![]() |
The University of Tokyo, Tokyo Metropolis, Japan |
KUALA LUMPUR, 21 Jan. - Rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran dalam pengajian Jepun dan latihan perguruan di negara itu dipelawa memohon biasiswa Kerajaan Jepun, yang dibuka sekarang sehingga 1 Mac.
Menurut Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan di sini, biasiswa kerajaan Jepun atau Monbukagakusho (MEXT) bagi kursus bukan ijazah selama setahun dalam pengajian Jepun ditawarkan kepada siswazah tahun kedua dan ketiga di universiti tempatan, dengan pengkhususan utama dalam bahasa Jepun atau budaya Jepun.
Pemohon mestilah berusia antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2011 dan fasih dalam bahasa Jepun.
Mereka yang layak akan diberikan elaun 125,000 Yen (kira-kira RM4,600) dan tiket penerbangan pergi dan balik, serta pengecualian pembayaran yuran kemasukan peperiksaan, matrikulasi dan yuran pengajian bagi kursus selama setahun yang akan bermula Oktober ini.
Mereka yang berminat boleh melayari http://www.my.emb-japan.go.jp//English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm atau menghubungi 03-21772600 sambungan 157 atau 146 untuk maklumat lanjut.
Permohonan mesti dikemukakan di kedutaan sebelum 4 petang 1 Mac, menurut kenyataan itu.
sumber : Kosmo Online

![]() |
Japan Cherry Blossom |


![]() |
Traveling Point |
alahai..gua amek bhs france r..huhu
BalasPadamlawa kot Jepun...huhu
BalasPadam@ hawiz....
BalasPadamhebat dio ambik bhsa france...
@ Fasihan Supian
BalasPadamxfaham nie...
kat jepun memang lawa2 tempatnye...
wohaaa...cantik nye pemandangan
BalasPadam@ shazika...
BalasPadamhehehhhe...
memang cantik pemandangannye...
nak g jepun la macam ni..kene apply ni..huhu
BalasPadam@ abg E.d.Y
BalasPadamapply jgn xapply sudah...
hhehehhehehe
tapi ni utk student tahun 2 or 3 je kan? melepas den.huhu
BalasPadam,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
BalasPadam//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam ... Kami Datang Ziarah Blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
alahaiiii aku ni dah tua-tua camni kalau belajar lagi dah tak masuk dahhhh.... niat nak gi jepun jadi cekgu tapi hajat tak sampai
huhu..
BalasPadamamat berminat,
tp apakan daya, hnya tahu brbhasa ibunda :)
@ iniAKU
BalasPadamyup untuk tahun kedua dan ketiga sahaja...
ehhehehheheh
@ Afzainizam
BalasPadamtak dapat xpe...
yang penting niat nak pergi n belajar tu..
huuhuhhuuh
@ ahsfantasy24
BalasPadamtak pe...
yang penting berminat...
sama la ngan sy...
hanya pandai berbahasa ibunda,
hehehhe
Bilalah agaknya dpt pegi ke negara Sakura nie..cantik giler Panoramanyer..:)
BalasPadam@ Gieyana
BalasPadamada rezeki lebih n masa yang terluang
boleh r pergi negara sakura ni...
insyaallah